fbpx
Now Reading
Hukuman Mati Masih Ada Cuma Bukan Lagi Mandatori – PM

Hukuman Mati Masih Ada Cuma Bukan Lagi Mandatori – PM

Kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hukuman mati tidak dimansuhkan dan masih ada, namun perubahan ini dilakukan bagi memberi pilihan kepada hakim untuk menggunakan budi bicara dalam menjatuhkan hukuman.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook (FB) miliknya, semalam (12 Jun), Ismail Sabri berkata, setiap manusia perlu diberikan peluang kedua untuk hidup.

Menurut beliau, hakim akan diberikan peluang untuk menggunakan budi bicaranya dalam menjatuhkan hukuman.

“Kalau dia (hakim) rasakan orang itu memang penjenayah tegar, memang mengedar dadah yang menyebabkan beratus ribu orang mati, (maka) dia dibenarkan untuk menjatuhkan hukuman mati.

“Tetapi kalau dia rasa dari segi budi bicaranya dia kata nak beri hukuman (penjara) seumur hidup dengan sebat sekali, jadi dia boleh pinda hukuman mandatori itu kepada hukuman yang lebih ringan,” ujarnya menerusi video di FB.

Ismail Sabri turut berkata, walaupun secara dasarnya kerajaan bersetuju memansuhkan pelaksaan hukuman mati mandatori, namun ianya masih perlu diperhalusi dan memerlukan pandangan pihak berkaitan bagi memperkemaskannya lagi.

Terdahulu, kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori dengan hukuman gantian mengikut budi bicara mahkamah sebagai satu usaha untuk menambah baik sistem keadilan jenayah di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, keputusan itu dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori oleh beliau semasa mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lalu (8 Jun).

Baca artikel berkaitan:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.