fbpx
Now Reading
Kecuaian Jiran Punca Wanita Hamil Cedera Diserang Anjing Peliharaan

Kecuaian Jiran Punca Wanita Hamil Cedera Diserang Anjing Peliharaan

Mangsa yang mengalami kecederaan kemudiannya menerima rawatan lanjut di Hospital Kajang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kelalaian seorang jiran dalam memastikan anjing peliharannya dalam keadaan terikat membawa padah apabila seorang wanita hamil cedera diserang selepas anjing berkenaan terlepas daripada talinya.

Dalam kejadian yang berlaku di Cheras, Selangor, wanita yang berusia 36 tahun itu dikatakan cuba menghalang anjing terbabit daripada menyerang anak-anaknya sebelum dirinya yang menjadi mangsa diserang oleh anjing berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Hassan berkata, kejadian berlaku di kawasan tempat letak kenderaan sebuah kondominium di Batu 9 Cheras, pada Sabtu lalu (11 Jun), sekitar jam 5.43 petang.

Tiada lesen sah untuk memelihara anjing

“Siasatan mendapati anjing tersebut adalah milik dan di bawah peliharaan seorang wanita warga tempatan iaitu jiran di kawasan yang sama dan tidak mempunyai lesen yang sah untuk memelihara anjing tersebut.

“Kejadian dikatakan berpunca daripada pemilik anjing tersebut telah cuai terlepas tali pengikat anjing menyebabkan anjing bertindak luar kawalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Wanita hamil yang mengalami kecederaan itu kemudiannya menerima rawatan lanjut di Hospital Kajang.

Beliau turut menasihati orang ramai yang ingin memelihara anjing tidak kira dimana-mana tempat supaya meminta kebenaran terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Selain itu, pemilik harus memastikan haiwan peliharaan dikawal rapi supaya perkara seperti kejadian ini dapat dielakkan,” ujarnya lagi.

Berikutan kejadian ini, kes akan disiasat di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan, pemilik anjing tersebut boleh dipenjara sehingga 6 bulan atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.