fbpx
Now Reading
24,941 Pelajar Tidak Duduki SPM 2021, KPM Akan Lakukan Post Mortem
KPM akan lakukan post mortem seramai 24,941 pelajar tidak duduki SPM 2021

24,941 Pelajar Tidak Duduki SPM 2021, KPM Akan Lakukan Post Mortem

Calon yang tidak dapat hadir menduduki SPM 2021 merupakan calon yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Susulan itu, pihak KPM akan menganalisa data secara keseluruhan yang melibatkan punca dan trend yang berlaku.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kementerian Pendidikan bakal melakukan post mortem kepada sejumlah 24,941 calon yang tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin memaklumkan, pihaknya perlu mengenal pasti memadangkan calon SPM kali ini ialah kohort pertama melibatkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan berdepan dengan pandemik Covid-19.

Merupakan calon yang terkesan kerana pandemik Covid-19

Beliau berkata, mereka ini merupakan calon yang terkesan pandemik Covid-19 ketika berada di tingkatan empat dan tingkatan lima sewaktu tempoh mencabar dan getir.

“Kita akan menganalisa data secara keseluruhan melibatkan punca, trend yang berlaku dan negeri mana yang paling ramai.

KPM dapati kebanyakkan merupakan calon persendirian dan mempunyai beberapa sebab

“Buat masa ini, KPM mendapati sebahagian besar adalah calon persendirian dan didapati ada yang memilih untuk tidak terus belajar kerana faktor peribadi, hal keluarga dan menceburkan diri dalam ekonomi gig,” jelasnya dalam sidang akhbar selepas membuat lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 18 (1) di Putrajaya, hari ini (16 Jun).

Perkara itu dimaklumkan beliau ketika mengulas mengenai sejumlah 24,941 dari keseluruhan 407,097 calon SPM 2021 berdaftar yang tidak menduduki peperiksaan itu.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Nor Zamani Abdol Hamid pula, peperiksaan SPM 2021 telah dilaksanakan melalui dua sesi berikutan pandemik Covid-19 serta calon-calonnya merupakan kumpulan pelajar pertama yang mengikuti KSSM di Tingkatan 1 pada tahun 2017.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh guru-guru

Tambah Radzi, bagi calon sekolah, pihak guru telah melakukan pelbagai usaha dalam memastikan pelajar hadir ke sekolah kerana KSSM berbeza daripada yang lain.

Menurutnya, guru-guru juga berusaha sehingga pergi ke rumah pelajar bagi memaklumkan kepada ibu bapa pelajar untuk memastikan mereka hadir ke sekolah.

“Banyak usaha yang dilakukan dengan menghubungi pelajar dan keluarga, pergi ke rumah pelajar, perbincangan dengan ibu bapa dan penjaga pelajar.

“Kita mahu mereka kembali ke sekolah kerana KSSM berbeza maka mereka perlu belajar dan sebab itu kita berusaha meyakinkan ibu bapa dan penjaga,” jelasnya lagi.

Calon yang tak hadir atau gatal boleh ambil peperiksaan khas pada September.

Ketika ditanya berkenaan calon yang tidak hadir atau gagal SPM, Radzi menyatakan mereka semua masih berpeluang untuk mengambil semula peperiksaan khas yang akan diadakan pada bulan September nanti.

“Sebelum ini ia dipanggil kertas Julai iaitu Bahasa Malaysia, Sejarah dan Matematik,” kata Menteri Kanan Pendidikan itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.