fbpx
Now Reading
Singapura Terpaksa Mencari Sumber Ayam Dari Indonesia, Akibat Larangan Eksport Malaysia

Singapura Terpaksa Mencari Sumber Ayam Dari Indonesia, Akibat Larangan Eksport Malaysia

Indonesia merupakan ekonomi terbesar Asia Tenggara telah membekalkan anak ayam ke beberapa negara jiran seperti Vietnam dan Myanmar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Negara Singapura sedang mencari peluang bagi mendapatkan sumber ayam dari Indonesia selepas ia menghadapi krisis bekalan akibat larangan eksport oleh kerajaan Malaysia.

Menurut laporan The Star yang memetik The Straits Times, Agensi Makanan Singapura (SFA) sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia untuk meneroka akreditasi Indonesia sebagai sumber import ayam.

“Sebagai sebahagian daripada proses pengiktirafan, SFA menjalankan pemeriksaan di tapak bagi memastikan pertubuhan dan ladang luar negara dapat memenuhi keperluan import Singapura dan peraturan keselamatan makanan sebelum mereka mula mengeksport ke Singapura,” kata agensi itu.

Sebelum ini, Indonesia hanya menjual telur masin berjumlah kira-kira 50,000 setiap bulan ke Singapura dan tidak pernah mengeksport ayam ke negara itu,

Sebaliknya negara itu telah membekalkan anak ayam ke beberapa negara jiran seperti Vietnam dan Myanmar, selain mengeksport ayam sejuk beku dan hasil ayam yang telah diproses ke beberapa negara lain juga.

Ketua Pengarah Penternakan dan Kesihatan Kementerian Pertanian Indonesia, Dr Nasrullah berkata, pasukan SFA telah berada di Indonesia sejak Selasa lalu untuk menilai beberapa kawasan ladang, rumah penyembelihan, dan aspek lain yang berkaitan.

Hasil tinjauan tersebut akan menentukan sama ada Indonesia akan mengeksport ayam hidup atau ayam beku ke negara jiran itu.

“Jika kualiti dan harga sepadan (permintaan Singapura), (bekalan) boleh masuk,”

Ketua Pengarah Penternakan dan Kesihatan Kementerian Pertanian Indonesia, Dr Nasrullah

Pengerusi Persatuan Penternak Ayam Indonesia, Achmad Dawami pula berkata, pasukan SFA sedang menjalankan pemeriksaannya di kawasan berpotensi tinggi untuk mengeksport ayam ke Singapura, seperti Jawa Barat dan Jawa Tengah.

Menurutnya lagi, beberapa syarikat ayam bersepadu Indonesia, yang mengendalikan ladang dan menjalankan operasi pemprosesan, berkemungkinan akan menjadi pembekal buat negara itu.

Terdahulu, Malaysia telah mengharamkan eksport ayam pada 1 Jun lalu untuk menstabilkan pengeluaran dan harga dalam negara.

Namun semalam, Straits Times melaporkan Malaysia sudah mula membenarkan satu pembekal ayam utama di Singapura untuk mengimport masuk ayam kampung dan ayam hitam hidup ke negara mereka.

Namun proses mengimport ayam segar biasa masih lagi tidak dibenarkan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.