Penyanyi dan pelakon, Adibah Noor, 52, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Gleneagles dipercayai akibat penyakit kanser ovari tahap empat, jam 7.45 petang ini (18 Jun).
Berita duka itu disahkan oleh rakan artis, Datin Emylia Rosnaida yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal menerusi laman Facebook rasminya.
“Ya, betul arwah baru sahaja meninggal dunia di hospital sebentar tadi,” katanya yang dalam perjalanan ke pusat perubatan swasta itu.
Menurut sumber, arwah menghidap kanser ovari yang sudah berada pada tahap empat, namun telah merahsiakannya.