fbpx
Now Reading
Cubaan Keluarkan Mana-Mana Negeri Dari Malaysia Adalah Jenayah, Kata Tun Mahathir [Video]

Cubaan Keluarkan Mana-Mana Negeri Dari Malaysia Adalah Jenayah, Kata Tun Mahathir [Video]

Jelas Tun M, ia bagaimanapun mungkin tidak terpakai terhadap pihak yang kedudukannya jauh lebih tinggi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Malaysia mempunyai undang-udang untuk menghalang sekiranya ada usaha untuk mengeluarkan mana-mana negeri dari negara kita.

Itu yang dikatakan bekas Perdana Menteri ke-7, Tun Mahathir Mohamad sewaktu sidang media kongres Aku Melayu yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Ahad, 20 Jun.

Tun Mahathir turut beranggapan sebarang usaha ke arah itu adalah satu perbuatan jenayah. Ia bagaimanapun mungkin tidak terpakai terhadap pihak yang kedudukannya jauh lebih tinggi.

“Sesiapa yang cuba untuk withdraw (keluar negeri) dari Malaysia itu adalah satu jenayah, tetapi kita ada orang yang duduk lebih tinggi daripada undang-undang kita.

“Apabila orang seperti ini berkata demikian, dia amat serius tetapi tindakan tidak boleh diambil kerana dia tidak tertakluk kepada kepada undang-undang negara kita. Inilah masalah yang kita hadapi sebenarnya,” kata beliau dipetik dari Astro Awani.

Kalau orang biasa mungin sudah dikenakan tindakan

Mengulas lebih lanjut, bekas Perdana Menteri itu turut berpendapat undang-undang itu jika melibatkan orang biasa seperti dirinya pasti akan menyebakan mereka ditahan.

“Sebenarnya kalau saya sebut tentang nak keluarkan Kedah dari Malaysia saya akan kena tangkap tetapi orang itu bebas dari undang-undang jadi tidak ditangkap. Tapi jenayah tetap jenayah,” kata Tun M lagi.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.