fbpx
Now Reading
Raja Perlis Seru Umat Islam Agar Membela Sunah Nabi Muhammad SAW

Raja Perlis Seru Umat Islam Agar Membela Sunah Nabi Muhammad SAW

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah Perlis menjadi benteng utama Ahli Sunnah Wal Jamaah daripada segala ajaran sesat, amalan khurafat dan tahyul.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mahukan seluruh umat Islam agar berganding bahu membela sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia sememangnya wajib di ambil berat oleh setiap Muslim.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan menutup program Perkampungan Sunnah Siri ke-7 di Masjid Alwi, Kangar, semalam (19 Jun).

Berangkat sama ialah Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, barisan Exco kerajaan negeri dan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin antara yang turut hadir ketika majlis penutupan itu.

Baginda turut bertitah Perlis merupakan benteng utama Ahli Sunnah Wal Jamaah daripada segala ajaran sesat, amalan khurafat dan tahyul yang dilihat semakin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

“Beta ingin tegaskan bahawa negeri Perlis tidak berpegang langsung kepada ajaran ‘Wahabi’. Keutamaan kita di Perlis adalah setiap perkara perlu berteraskan al-Quran dan sunah dengan melihat kepada huraian dan ijtihad para ulama yang muktabar terdiri daripada semua aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah, tidak terhad kepada satu-satu tokoh sahaja.”

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail

Terdahulu, program Perkampungan Sunnah yang bertemakan ‘Bangkit Membela Sunnah’ itu telah diadakan selama tiga hari berturut-turut bermula Jumaat lalu (17 Jun).

Program tersebut menjadi platform perbincangan topik-topik semasa sebagai usaha pendedahan awal kepada kepentingan dalil dan kaedah yang benar dalam beragama.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.