fbpx
Now Reading
Empat Remaja Lari Dari Rumah Anak Yatim Selepas Dilarang Guna Telefon Bimbit Kini Berjaya Ditemui

Empat Remaja Lari Dari Rumah Anak Yatim Selepas Dilarang Guna Telefon Bimbit Kini Berjaya Ditemui

Kesemua mereka kemudiannya telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuantan untuk tindakan selanjutnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Empat penghuni sebuah rumah anak yatim dan miskin di Kampung Kempadang, Kuantan yang dilaporkan hilang selepas melarikan diri ditemui dalam keadaan selamat di rumah bapa saudara mereka di sebuah kampung berdekatan.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan IPD Kuantan, kesemua remaja tersebut dijumpai oleh sepasukan anggota Unit Risikan Jenayah (URJ) pada jam 10 malam Isnin (20 Jun) selepas polis membuat pencarian di rumah seorang bapa saudaranya itu yang juga seorang kelindan lori.

“Lelaki berusia 35 tahun itu mengatakan semua remaja itu berada di rumahnya dalam keadaan selamat. Rumah bapa saudara itu terletak kira-kira satu kilometer dari asrama pusat jagaan itu,” kata Ketua Polis Daerah Kuantan, CP Wan Mohd Zahari Wan Busu

Dibawa ke IPD Kuantan untuk tindakan lanjut

Kesemua mereka kemudiannya telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuantan untuk tindakan selanjutnya.

Keempat-empat remaja berumur di antara 13 dan 15 tahun itu sebelum ini dilaporkan melarikan diri dari asrama berkenaan melalui pintu belakang pada jam 12.30 tengah malam Ahad (19 Jun).

Terdahulu Wan Mohd Zahari berkata, kehilangan mereka disedari oleh penyelia asrama berusia 35 tahun yang kemudiannya membuat laporan polis pukul 5.05 petang tadi selepas usaha mencari yang dilakukan pihak asrama gagal.

Difahamkan tindakan mereka melarikan diri gara-gara tidak berpuas hati dengan larangan penggunaan telefon bimbit di asrama berkenaan.

Keempat-empat remaja tersebut sudah menetap di asrama tersebut sejak dua tahun lalu itu dan kesemua mereka berasal dari kampung Cenderawasih, Pekan di mana tiga daripada mereka adalah adik-beradik kandung.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.