fbpx
Now Reading
“Patutnya Fokus Ibadah”- Menteri Agama Nasihat Jemaah Haji Tidak Berniaga, Promosi Produk Depan Kaabah
Menteri agama nasihat jemaah haji fokus ibadah, tidak berniaga atau promoso produk depan Kaabah

“Patutnya Fokus Ibadah”- Menteri Agama Nasihat Jemaah Haji Tidak Berniaga, Promosi Produk Depan Kaabah

Menurutnya, jemaah haji sepatutnya menggunakan masa yang diberikan ini untuk fokus kepada ibadah terutama apabila berada di hadapan Kaabah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jemaah haji Malaysia dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang aktiviti perniagaan atau mempromosikan sebarang produk ketika di depan Kaabah, jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

Menurut beliau, setiap jemaah yang merupakan ‘tetamu Allah’ hendaklah memanfaatkan tempoh berada di Tanah Suci bagi melakukan ibadah haji agar mendapat haji yang mabrur (diterima oleh Allah), lapor Bernama.

“Sepatutnya fokus ibadah haji”

“Sepatutnya fokus kepada ibadah haji lebih-lebih lagi depan Kaabah, tempat mustajab untuk berdoa. Sepatutnya perkara seperti ini (berniaga dan promosi) tidak patut berlaku.

“Perbuatan seperti ini kadang-kadang boleh mengganggu jemaah haji lain untuk beribadah,” jelasnya dalam satu majlis kerajaan di Putrajaya.

Tular di media sosial seorang jemaah haji promosi produk depan Kaabah

Sebelum ini tular di media sosial satu video berdurasi 43 saat yang memaparkan seorang jemaah haji mempromosikan produk jualannya di hadapan Kaabah..

Sementara itu, Idris dalam ucapan turut menjelaskan penjawat awam di bawah seliaannya hendaklah membudayakan tiga konsep budaya seperti budaya kerja cemerlang, mencapat matlamat hala tuju pentadbiran serta amal jama’i (kerjasama) sebagai satu keluarga.

“Kita semua adalah duta agensi Islam, apa-apa jua yang kita lakukan akan memberikan kesan kepada wajah Islam,” jelasnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.