fbpx
Now Reading
Kementerian Pertahanan Mahu Wujudkan Kawasan Tanaman Di Setiap Kem Tentera
Kementerian pertahanan mahu wujudkan kawasan tanaman di setiap kem

Kementerian Pertahanan Mahu Wujudkan Kawasan Tanaman Di Setiap Kem Tentera

Dengan adanya pertanian ia secara tidak langsung dapat membantu meringankan kos sara hidup anggota tentera.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kementerian Pertahanan (MINDEF) telah berhasrat mahu mewujudkan kawasan tanaman kem angkatan tentera di seluruh negara untuk menjamin sekuriti makanan terutama bagi keperluan anggota.

Memetik laporan Bernama, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memaklumkan pada peringkat awal, Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan, telah pun dijadikan projek rintis untuk tujuan tersebut.

Ia sebagai satu persediaan kepada anggota tentera

“Aktiviti bercucuk tanam itu dah ada pun. Saya dah tengok tadi.. jadi dalam apa jua keadaan termasuk harga makanan melambung, kita ada kemampuan sendiri. Sekurang-kurangnya anggota boleh fokus kepada tanggungjawab mereka iaitu keselamatan dan pertahanan.

“Saya nak dapat laporan nanti dan sekiranya boleh diperluaskan untuk kesemua kem atau mungkin setiap zon,” jelasnya kepada pemberita selepas melihat Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2022 ATM, semalam (21 Jun).

Jelasnya, perbincangan berkenaan perkara tersebut telah dibuat bersama Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Affendi Buang serta Panglima Tentera Darat Jen Datuk Zamrose Mohd Zin.

Bertujuan untuk bantu ringankan kos sara hidup dari pertanian

Kelmarin (20 Jun), Zamrose dalam kenyataan di Facebook menyatakan Ladang Integrasi Tentera Darat di Kem Syed Sirajudin telah dilaksanakan dalam Program Kelestarian Makanan Tentera Darat yang bertujuan untuk membantu serta meringankan kos sara hidup warganya menerusi hasil pertanian.

Katanya, ia juga sebagai langkah awal dalam menangani permasalahan krisis makanan yang mungkin akan dihadapi pada masa hadapan sekali gus memastikan kelestarian makanan terutama dalam kalangan anggota serta masyarakat terjamin.

Sementara itu, berhubung LKT beliau menyatakan ia adalah usaha MINDEF bagi memastikan ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus dilengkapi aset yang diperlukan meskipun dalam era pascapandemik Covid-19.

Akan lakukan apa sahaja untuk pastikan moral dan semangat tentera kuat dalam setia aspek

“Selagi saya Menteri Pertahanan, kami akan buat apa sahaja bagi memastikan moral mereka tinggi dan semangat mereka kuat dan insya-Allah apa yang mampu kita lakukan dari apa juga aspek.

“Pengguna akhir (tentera) yang akan gunakan aset ini, wajar mereka ini menentukan jenis aset-aset yang diperlukan dan sekiranya kita mampu dalam konteks kewangan negara, Kementerian Pertahanan akan mempercepatkannya, itu adalah proses yang saya umukan sebelum ini,” jelasnya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.