fbpx
Now Reading
Kerana Takut Dipukul, Seorang Lelaki Nekad Terjun Dari Tingkat 4 Sebuah Apartmen

Kerana Takut Dipukul, Seorang Lelaki Nekad Terjun Dari Tingkat 4 Sebuah Apartmen

Lelaki itu mendakwa dia bertindak sedemikian kerana ingin bersembunyi dan melarikan diri dari seorang individu yang ingin memukulnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki dipercayai melarikan diri kerana takut dipukul nekad untuk terjun dari tingkat empat sebuah Apartmen, Sejati Ujana di Batu Tujuh, Sandakan, Sabah, semalam (21 Jun).

Mangsa yang berusia dalam linkungan 20-an itu dikatakan cuba terjun daripada kediaman berkenaan, pada pukul 8.40 malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 8.44 malam.

Menurutnya, pegawai dan sepasukan lapan angggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Sejurus tiba, pasukan bomba dimaklumkan lelaki itu berada di tingkat empat apartmen berkenaan dipercayai cuba terjun.

“Anggota bomba kemudian naik menggunakan tangga ke lokasi dan berjaya memujuk lelaki itu. Dia mendakwa bertindak sedemikian untuk bersembunyi dan melarikan diri kerana ada individu ingin memukulnya,” ujarnya dalam kenyataan media.

Menurut Jimmy, lelaki tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya dibawa turun dengan selamat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

“Anggota bomba kemudian menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kejadian selamat sebelum operasi ditamatkan jam 9.40 malam.”

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.