fbpx
Now Reading
Wanita Serang & Cederakan Guna Kunci Kereta Didenda RM900
Wanita serang dan cederakan guna kunci kereta di denda rm900

Wanita Serang & Cederakan Guna Kunci Kereta Didenda RM900

Tertuduh turut mengaku sengaja mencederakan Nurul Najihah hingga menyebabkan mangsa terpaksa menerima enam jahitan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Wanita tular yang mencederakan seorang gadis dengan menggunakan kunci kereta di Pantai Merdeka pada Ahad lepas, telah dikenakan hukuman denda RM900 oleh Mahkamah Majistret, di Sungai Petani hari ini (22 Jun).

Menerusi laporan Berita Harian, Siti Zulaikha Zolkifli, 23, yang merupakan seorang penjaja alat mainan telah dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan ketika dihadapkan kepada Majistret Nadhirah Abdul Rahim.

Mahkamah perintah tertuduh dipenjara jika gagal membayar denda

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda yang ditetapkan. Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Mengaku sengaja mencederakan mangsa

Tertuduh yang tidak diwakili peguam telah membuat pengakuan dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Nurul Najihah Azizan, 19, pada pukul 6.22 petang di Pantai Merdeka, 19 Jun lepas. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Preeya.

Dalam insiden tersebut, Siti Zulaikha telah menyerang mangsa yang sedang dalam perjalanan menuju gerai menjual mainan milik kakaknya, menyebabkan mangsa cedera dibahagian kening kanak hingga terpaksa dijahit dengan enam jahitan.

Terdahulu, tular rakaman video yang menunjukkan pergaduhan antara mereka sehingga ia terpaksa dileraikan oleh seorang lelaki.

Tertuduh kemudian ditahan pada hari sama selepas mangsa membuat laporan polis berkenaan insiden tersebut.

Baca artikel berkaitan: Suspek Tikam Gadis 18 Tahun Pakai Kunci Kereta Sudah Ditahan, Direman Hingga 22 Jun [Video]

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.