fbpx
Now Reading
Budak 3 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 10, Dipercayai Panjat Tab Mandi Keluar Dari Tingkap
Budak 3 tahun jatuh dari tingkat 10

Budak 3 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 10, Dipercayai Panjat Tab Mandi Keluar Dari Tingkap

Kanak-kanak yang terjatuh dari tingkat 10 itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah kondominium di Jalan Dutamas Raya, Kuala Lumpur, pada petang semalam (22 Jun).

Dia disyaki terjatuh dari tingkap bilik air di rumahnya.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, kanak-kanak itu disyaki terjatuh dari tingkap bilik air di rumahnya.

Hasil siasatan awal, dia didapati memanjat tab mandi di bilik air sebelum keluar dari tingkap kecil yang berada di situ.

Ibu ada di ruang tamu, mungkin tak sedar anak masuk bilik air

“Ketika kejadian, ibu mangsa berada di ruang tamu dan mereka hanya tinggal berdua semasa kejadian.

“Kemungkinan ibu mangsa tidak menyedari anaknya masuk ke dalam bilik air dan memanjat tab mandi seterusnya memanjat tembok dan keluar dari tingkap bilik air sebelum terjatuh ke tingkat tiga,” jelasnya.

Katanya lagi, laporan berhubung insiden tersebut telah diterima oleh pihak polis pada pukul 3.30 petang semalam (22 Jun).

Disahkan meninggal di tempat kejadian

Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh sepasukan anggota paramedik dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Keterangan ibu belum dapat diambil kerana masih bersedih

Menurut Eng Lai, proses rakaman keterangan terhadap ibu kanak-kanak yang berusia 32 tahun tersebut masih belum dapat dilakukan berikutan keadaanya yang masih belum stabil disebabkan terlalu sedih.

Jelasnya, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berkaitan punca sebenar kejadian.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.