fbpx
Now Reading
Nasi Berlauk Selamatkan Lelaki Dari Terjun Kren Tingkat 31
Lelaki nak terjun dari kren tingkat 31 berjaya dipujuk dengan nasi berlauk

Nasi Berlauk Selamatkan Lelaki Dari Terjun Kren Tingkat 31

Cubaan lelaki tersebut untuk terjun dari kren yang berada di tingkat 31 itu berjaya dipatahkan selepas dia dipujuk oleh keluarganya yang datang membawa nasi berlauk.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki yang cuba untuk terjun dari kren yang berada di tingkat 31 di sebuah tapak projek perumahan di Lembah Sireh semalam (22 Jun) berjaya dipatahkan apabila keluarganya datang memujuk dengan membawa nasi berlauk ke tempat kejadian.

Anggota balai bomba dan penyelamat Kota Darul Naim dan Kota Bharu telah mengambil masa selama empat jam bagi memujuk lelaki yang berumur 27 tahun tersebut sebelum dia menyerah diri.

Ada di kawasan tersebut sejak malam kelmarin

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Darul Naim, Mohd. Ridzwan Ali memaklumkan, lelaki tersebut disyaki berada di lokasi tersebut sejak dari malam kelmarin (21 Jun) sebelum orang awam menyedari kehadirannya, lapor Kosmo.

Jelasnya, pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan lebih kurang pada pukul 10.30 pagi sebelum 20 anggota balai Kota Bharu dan Darul Naim dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 10.59 pagi dan terus menjalankan operasi menyelamat mangsa.

Awalnya agresif, tetapi berjaya dipujuk turun lepas dibawa nasi berlauk

“Lelaki berkenaan pada mulanya bertindak agresif dan nekad cuba terjun untuk terjun dari kren itu. Kita membawa ibu dan adiknya untuk memujuk lelaki itu supaya turun dari kren di tingkat 31 itu,” jelasnya ketika dihubungi media.

Sekadar info bersama, sekiranya anda atau sesiapa sahaja yang anda kenali mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, hubungi nombor-nombor di bawah yang mungkin dapat membantu masalah tersebut:

Malaysian Mental Health Association (MMHA)
+6032780 6803
E-mail: admin@mmha.org.my
Laman web: https://mmha.org.my/

BEFRIENDERS
KL: +6 03 7956 8145 (24 jam),
Ipoh: +6 05 547 7933 (4pm to 11pm)
Penang: +6 04 281 5161 (3pm to midnight)
E-Mail: sam@befrienders.org.my
Laman web: https://www.befrienders.org.my/

All Women’s Action Society (AWAM) @Telenita
+6 03 7877 0224
E-Mail: awam@awam.org.my
Laman web: https://www.awam.org.my

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.