fbpx
Now Reading
“Pakcik Confirm Masuk Syurga Ka?” – Netizen Kecam Jemaah Masjid Tolak Kanak-Kanak [Video]

“Pakcik Confirm Masuk Syurga Ka?” – Netizen Kecam Jemaah Masjid Tolak Kanak-Kanak [Video]

Menurut Shahrul, sikap sebegini merupakan punca mengapa generasi muda pada masa kini semakin malas dan takut untuk pergi ke masjid.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial satu klip video menunjukkan seorang Jemaah masjid menolak tiga orang kanak-kanak yang sedang bermain di belakangnya sehingga jatuh terlentang.

Berdasarkan video yang diambil dari kamera litar tertutup masjid tersebut , jelas kelihatan lelaki itu secara melulu telah menolak tiga orang kanak-kanak itu dengan begitu agresif sehingga mereka bertiga terjatuh.

Video tular itu difahamkan mula dimuat naik ke laman Facebook (FB) oleh seorang individu bernama Shahrul Hisham, pada Selasa (21 Jun).

Kesal dengan apa yang terjadi, Shahrul tidak hanya memuat naik video tersebut malah turut menegur sikap pakcik itu yang dikatakan keterlaluan dan tidak bertimbang rasa terhadap kanak-kanak.

“Masa Nabi solat, cucu baginda main-main sampai naik atas tubuh baginda. Takda baginda nak marah,” ujarnya menerusi hantaran di FB.

“Pakcik dalam video ini kompom masuk syurga ke sampai nak terajang anak orang. Pakcik tau tak, generasi ni la nanti yg akan penuhkan saf tu bila pakcik mati.”

Shahrul Hisham

Tambah Shahrul, sikap sebegini merupakan punca mengapa generasi muda pada masa kini semakin malas dan takut untuk pergi ke masjid.

Menurutnya lagi, sekiranya lelaki tersebut tidak kusyuk ketika solat, itu adalah kerana dirinya sendiri yang gagal memberi tumpuan ketika solat dan bukannya salah kanak-kanak yang sedang bermain di belakang.

“Nabi solat waktu perang elok kusyuk. Kusyuk atau tak, bergantung pada iman, pada fokus dan pada niat. Kalau dah memang pasang niat nak salahkan budak budak tu, sampai mati pun pakcik takkan kusyuk.”

Shahrul Hisham

Bagi Shahrul, hal ini adalah sesuatu yang normal kerana di usia sebegini merupakan proses bagi kanak-kanak tersebut untuk mengenal solat dan mengenali Jemaah masjid.

Menerjah di ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan pakcik tersebut dan tidak kurang yang memberi kecaman terhadap jemaah itu.

Kredit gambar: FB Shahrul Hisham

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.