fbpx
Now Reading
Kes Baby Syifaa, Polis Sudah Lengkapkan Siasatan Menyeluruh
Polis sudah lengkapkan siasatan kes kematian baby syifaa

Kes Baby Syifaa, Polis Sudah Lengkapkan Siasatan Menyeluruh

Pihak polis telah melengkapkan kes siasatan berhubung kes kematian bayi Syifaa dan kes pendengaran inkues ditetapkan 29 Jun ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melengkapkan siasatan secara menyeluruh berkaitan kes kematian bayi perempuan yang berusia 15 bulan, Nour Rania Asyifaa Yuseri atau Baby Syifaa ketika berada di bawah jagaan pusat asuhan di Taman Nusari Aman, Bandar Sri Sendayan, Februari lepas.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ruslan Khalid memaklumkan, siasatan itu merangkumi sudut keterangan saksi mahupun teknikal dengan penggunaan kaedah forensik dan khidmat pakar patalogi serta kimia.

Arahan telah diberi untuk inkues diadakan bagi kenal pasti punca kematian

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Ketua Unit Pendakwaan Negeri Sembilan sehingga ke pihak Peguam Negara. Kes disiasat di bawah seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001. Arahan telah diberi oleh pihak Peguam Negara supaya inkues diadakan untuk mengenal pasti punca kematian,” jelasnya dalam kenyataan semalam (23 Jun).

Menurut beliau, kes bagi pendengaran inkues itu telah ditetapkan pada 29 Jun depan.

YAM Che’ Puan Besar Khaleeda gesa kes disiasat semula, kecederaan terjerut tali buaian tak masuk akal

Terdahulu, isteri Pemangku Raja Johor, Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam dalam satu hantaran di Insta Story pada 22 Jun merasakan pendapat yang mengatakan kecederaan bayi itu berpunca akibat terjerut tali buaian seperti tidak masuk akal, lapor petikan Berita Harian.

Menerusi hantaran itu, Che’ Puan Khaleeda telah berkongsi hantaran dari bapa bayi itu, Yuseri Yusoff yang memuat naik gambar kecederaan arwah anaknya berserta dengan laporan bedah siasat dan peringatan tarikh sebutan semula kes inkues di Mahkamah Koroner Seremban, pada 29 Jun ini.

Turut menggunakan #justiceforbabysyifaa

Malah beliau turut menggunakan tanda pagar #justiceforbabysyifaa serta turut menandakan nama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

“Bagi saya tidak masuk akal ‘Baby’ (bayi) Syifaa terjerut buai dengan ada kesan luka di kakinya seperti dia diheret,” katanya di dalam hantaran yang lain.

Foto: FB Page Negeri Sembilan Kini

Tidak terhenti disitu, Che’ Puan Khaleeda turut berkongsi hantaran yang dimuat naik oleh Yuseri pada 24 Mac lalu dan mempersoalkan bagaimana seseorang boleh melakukan perkara begitu kepada seorang kanak-kanak yang tidak berdaya.

“Bagaimana seseorang boleh lakukan perkara ini kepada kanak-kanak yang tidak berdaya. Kamu perlu siasat semula kes ini,” jelasnya dengan menandakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Rina.

Pada malam 23 Jun, Che’ Puan Besar Khaleeda sekali lagi memuat naik hantaran yang merujuk kepada kes itu dengan persoalan berhubung kesan kecederaan yang dialami bayi tersebut.

Foto: IG Yuseri Yusoff

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.