fbpx
Now Reading
Kehilangan Pulau Batu Puteh : Ia Kesilapan Kerajaan Johor, Kata Tun Dr. Mahathir

Kehilangan Pulau Batu Puteh : Ia Kesilapan Kerajaan Johor, Kata Tun Dr. Mahathir

Tun Mahathir mendakwa kenyataannya yang mendesak Malaysia untuk menuntut semula Riau dan Singapura telah dilaporkan di luar konteks.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa kenyataannya yang meminta Malaysia mendapatkan semula Riau dan Singapura memandangkan kedua-dua wilayah itu pernah menjadi sebahagian daripada Tanah Melayu telah diambil di luar konteks.

Sebaliknya bekas Perdana Menteri itu berkata, ulasannya hanya terpakai kepada Pulau Batu Puteh, yang pemilikannya dibimbangkan oleh rakyat Malaysia berbanding wilayah lain yang telah diambil.

Jelas Tun M, isu berkenaan bukanlah satu perkara besar dan kerajaan Johor yang mempertikaikan pemilikan pulau kecil itu seharusnya dipersalahkan.

“Saya cuba menunjukkan bahawa kita begitu bimbang kehilangan batu yang sebesar meja tapi tidak pernah berbicara mengenai bahagian yang lebih besar di Malaysia sewaktu ia diambil daripada kita.

“Kehilangan Pulau Batu Puteh bukan masalah besar. Ia adalah kesilapan Kerajaan Johor yang menafikan bahawa pulau itu adalah milik Johor. Sekiranya penafian itu tidak dibuat, tidak akan ada pertikaian sekarang,” kata beliau di dalam satu kenyataan.”

Tun Dr. Mahathir Mohamad

“Sekiranya penafian itu tidak dibuat maka tidak akan ada pertikaian pada ketika ini.

“Malaysia seharusnya bersyukur dengan keputusan Mahkamah Antarabangsa yang menganugerahkan Pulau Ligitan dan Sipadan kepada Malaysia dan ia tidak dituntut semula Indonesia.

Tun Dr. Mahathir Mohamad

“Sungguh, kita tidak bersyukur dengan keuntungan yang diperoleh.

“Kedua-dua pulau ini mempunyai nilai komersial yang lebih tinggi berbanding Pulau Batu Puteh yang hanya merupakan batu,” ujarnya dalam satu hantaran di Twitter semalam (23 Jun).

Menurut laporan media sebelum ini, Tun Mahathir menyatakan bahawa Malaysia harus mengambil balik Riau dan Singapura selain daripada Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh sewaktu berucap dalam sebuah kongres pada Ahad lalu.

Tegasnya, ia kerana, Riau dan Singapura adalah sebahagian Tanah Melayu berdasarkan sejarah.

Baca artikel berkaitan:

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.