fbpx
Now Reading
Pekerja Boleh Mohon Waktu & Hari Bekerja Fleksibel Mulai 1 September

Pekerja Boleh Mohon Waktu & Hari Bekerja Fleksibel Mulai 1 September

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim, pekerja yang ingin memohon AFK hanya perlu membuat surat bertulis kepada majikan mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berita baik buat semua golongan pekerja di Malaysia! Bermula 1 September ini, para pekerja mula dibenarkan untuk memohon aturan kerja fleksibel (AKF) kepada majikan masing-masing.

Perkara ini ekoran dari pindaan Akta Kerja 1955 yang akan mula berkuat kuasa pada 1 September 2022 ini.

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim, pekerja yang ingin memohon AFK hanya perlu membuat surat bertulis kepada majikan mereka.

Permohonan AFK ini merangkumin perubahan waktu bekerja, hari bekerja dan perubahan tempat kerja.

Bagi pihak majikan pula, mereka perlu memberi jawapan bagi permohonan tersebut dalam tempoh 60 hari.

“Dalam surat jawapan bertulis majikan kepada pekerja, mereka perlu nyatakan sama ada menerima permohonan atau menolak permohonan dengan alasan yang perlu dinyatakan,” katanya dipetik dari Awani.

Sistem 4 hari bekerja tidak beri kesan yang buruk kepada majikan

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa beberapa kajian telah dijalankan untuk sistem kerja empat hari seminggu bagi memastikan majikan tidak berdepan kesan yang teruk sekiranya ia dilaksanakan.

Hasil kajian setakat ini mendapati ia tidak akan mengurangkan produktiviti pekerja sekiranya ia dilaksanakan di masa hadapan.

“Kajian telah dan sedang dijalankan. Setakat ini, kita lihat tempoh empat hari bekerja itu tidak mengurangkan produktiviti pekerja. Sekiranya ada majikan yang terkesan, kita akan ambil kira kajian berkenaan untuk dibincangkan di pihak kementerian,” katanya lagi.

Terdahulu Berita Harian melaporkan, 62% pekerja sepenuh masa di Malaysia lebih gemar fleksibiliti bekerja berbanding hari kerja yang pendek seperti empat hari seminggu. Tinjauan tersebut dilakukan oleh Qualtrics, sebuah syarikat yang mengendalikan tinjauan secara dalam talian.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.