fbpx
Now Reading
Dakwa Tinggal Bersama Lepas Cerai Talak 3, Menteri Agama Arah Pihak Berkuasa Panggil DJ Wong & DJ Sal
Kembali tinggal bersama selepas bercerai, Pihak berkuasa agama diminta panggil DJ Wong dan DJ Sal

Dakwa Tinggal Bersama Lepas Cerai Talak 3, Menteri Agama Arah Pihak Berkuasa Panggil DJ Wong & DJ Sal

Datuk Idris Ahmad meminta untuk memanggil pasangan yang mencetus kontroversi tersebut kerana mendakwa telah kembali tinggal bersama selepas bercerai pada April yang lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pihak berkuasa agama negeri diminta untuk memanggil pasangan DJ Wong dan DJ Sal yang telah mencetuskan kontroversi apabila mendakwa kembali tinggal bersama, selepas berlaku perceraian antara pasangan itu pada April yang lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, memaklumkan pasangan tersebut mungkin menganggap penceraian sebagai satu perkara yang biasa ekoran kurang memahami hukum Islam, lapor Harian Metro.

“Mungkin sebab kejahilan meraka”

“Kita hendak kata dia permain agama tak boleh juga kerana mungkin sebab kejahilan mereka anggap benda itu (penceraian) mainan biasa, anggap boleh rujuk begitu sahaja.

“Disebabkan itu pihak berkuasa agama perlu panggil mereka kerana ini membabitkan soal nasab dan keturunan,” jelasnya dalam satu sidang media.

Dakwa sudah rujuk isu kepada ahli keluarga dan bijak pandai agama

Pada minggu lalu, pasangan itu telah membuat kejutan apabila DJ Sal, 47, mendakwa sudah merujuk isu berkenaan kepada ahli keluarga serta bijak pandai agama yang memaklumkan apa dilafazkan suaminya itu, DJ Wong atau dikenali Noor Aziz Johari, 53, sebelum ini tidak sah.

Wanita itu turut mendakwa, sewaktu insiden berlaku dia sedang uzur dan suaminya dikatakan berada dalam keadaan tidak waras sehingga memaksa dia melafazkan cerai secara siaran langsung di media sosial.

Jelas Idris lagi, beliau turut meminta agar orang ramai yang bimbang berkenaan perkara tidak elok berlaku pada pasangan tersebut untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa agama.

Lapor kepada pihak berkuasa agama negeri masing-masing

“Jika berlaku perkara sebegini, orang ramai boleh melaporkannya kepada pihak berkuasa agama di negeri masing-masing. Apabila ada laporan maka kita boleh ambil tindakan kerana ada ketika pihak berkuasa tidak tahu mengenai sesuatu kes yang berlaku.

“Di daerah kita hanya mempunyai seorang kadi sahaja, kita tidak mahu terlepas pandang dan jika kita tahu memang pihak berkuasa agama siasat segera,” jelasnya.

Menerusi laporan Sinar Harian, Idris berkata, pihak berkuasa dapat membuat penelitian dan memanggil pihak terlibat.

“Jika tahu berlaku di mana, boleh lapor JAIN”

“Sekiranya kita tahu kejadian berlaku di mana, boleh lapor terus kepada JAIN (Jabatan Agama Islam Negeri), manakala Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hanya menumpu kepada apa yang disiarkan dalam media sosial.

“Contohnya, kes yang berlaku di Perak, kita akan rujuk Jabatan Agama Islam Negeri Perak untuk diambil tindakan. Benda-benda yang mengelirukan kita akan minta supaya buat penyelidikan kes, seperti kes melibatkan tenaga pengajar luar yang disiarkan dalam YouTube, mungkin kita tak boleh ambil tindakan tetapi melalu SKMM untuk menyekat penyiaran,” kata Datuk Idris Ahmad.

Baca artikel berkaitan:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.