fbpx

Anak Jati Rawang Diiktiraf Kerajaan Turkiye Penterjemah Profesional Bahasa Melayu-Turki

Nurbalqis mempunyai minat dalam bidang bahasa sejak di bangku tadika dan mendapat sokongan dari ahli keluarga untuk mendalami bidang itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Minat yang mendalam dalam bidang bahasa merupakan pendorong utama Nurbalqis Abdul Rashid, 23, pelajar tahun dua jurusan Tafsiran dan Terjemahan Turki-Arab di Universiti Seljuk, Turkiye untuk mengecapi kejayaan.

Menurut laporan Awani yang memetik Bernama, anak jati Rawang, Selangor itu mencatat sejarah buat negara apabila menjadi penterjemah profesional Bahasa Melayu-Turki pertama yang diiktiraf oleh kerajaan Turkiye.

Menurut Nurbalqis, beliau perlu melalui proses temu duga selama dua jam yang merangkumi ujian lisan dan bertulis, sebelum menerima pengiktirafan tersebut.  

“Ini satu permulaan baik kepada saya untuk berusaha lebih gigih demi menjadi penterjemah lebih bagus serta dapat membalas jasa ibu dan ayah yang telah memastikan saya mendapat pendidikan sempurna.”

Nurbalqis Abdul Rashid

Minat dalam bidang bahasa sejak tadika

Menurutnya lagi yang berkongsi cerita, minat dalam bidang bahasa tercetus sejak tadika dan beliau turut mendapat sokongan ahli keluarga untuk mendalami bidang itu.

Selepas menamatkan pendidikan di Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu, Selangor, beliau melanjutkan pelajaran selama dua tahun di Sudan bagi mempelajari bahasa Arab dan seterusnya ke Turkiye.

“Saya juga pernah mengajar bahasa Turki di bawah Perpustakaan Awam Selangor, menterjemah buku dari bahasa Turki ke bahasa Melayu dan bekerja separuh masa di Turkiye dengan tujuan untuk menambah baik bahasa Turki saya.”

Nurbalqis Abdul Rashid

Harapan Nurbalqis buat masa akan datang

Tambah Nurbalqis, beliau berharap akan lebih banyak karya antarabangsa dapat diterjemahkan kepada bahasa Melayu pada masa akan datang.

“Menjadi tugas dan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk mengangkat bahasa kebangsaan yang kita cintai ini,” katanya lagi.

Selain bahasa Melayu, Nurbalqis juga diiktiraf untuk melakukan penterjemahan bahasa Turki ke bahasa Inggeris, Indonesia serta Arab dan sebaliknya.

Kredit gambar: Facebook MASAT

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.