fbpx
Now Reading
Kanak-kanak 5 Tahun Maut Akibat Disengat Tebuan Di Terengganu

Kanak-kanak 5 Tahun Maut Akibat Disengat Tebuan Di Terengganu

Semasa kejadian berlaku, mereka sekeluarga sedang bersiap untuk pulang ke Ipoh selepas tiba di Terengganu pada Sabtu lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang kanak-kanak meninggal dunia manakala dua kakaknya sedang menerima rawatan selepas mereka bertiga disengat tebuan dalam kejadian di hadapan rumah datuknya di kampung Tok Jembal, Terengganu pada Ahad lalu (26 Jun).

Kejadian itu berlaku pada pukul 5.40 petang ketika mereka bertiga, Eidrish Mohd. Khalid, 5, Nur Aiyris Dania, 7, dan Nur Adelya, 10, sedang bermain di padang sebelum terkena sengatan serangga berbisa itu yang dipercayai bersarang di pelantar jeti berdekatan.

Malangnya, Eidrish disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada pukul 11.20 malam dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seberang Takir, pada pukul 10 pagi semalam (27 Jun).

Menurut bapa mangsa, Mohd. Khalid Omar, 40, semasa kejadian mereka sekeluarga sedang bersiap untuk pulang ke Ipoh sebelum terjadinya insiden yang mengejutkan itu.

Tambah Khalid, dua lagi anak serta isterinya berada di dalam rumah kerana sedang bersiap sebelum memulakan perjalanan balik ke Ipoh.

“Anak sulung, Nur Adelya tiba-tiba datang memaklumkan mereka disengat tebuan dan ketika saya tiba di situ, saya lihat seluruh badan arwah dihinggapi tebuan serta dalam keadaan lemah.

Mohd. Khalid Omar

Menurutnya lagi, dia terus memeluk anaknya itu tanpa menghiraukan dirinya yang turut disengat tebuan dan bergegas membawa mangsa ke HSNZ bersama ahli keluarga yang lain sebelum disahkan meninggal dunia.

“Doktor memberitahu terdapat lebih 60 kesan sengatan tebuan pada badan arwah manakala dua lagi kakaknya kini sedang dipantau di Unit Rawatan Rapi (ICU),” ujarnya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.