fbpx
Now Reading
Grup WhatsApp Berpontensi Untuk Data Pengguna Dicuri
Kumpulan WhatsApp beri risiko data pengguna dicuri

Grup WhatsApp Berpontensi Untuk Data Pengguna Dicuri

Kumpulan WhatsApp memberi potensi untuk data pengguna dicuri oleh scammer terutama jika individu yang berada dalam kumpulan tersebut tidak dikenali.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berada dalam kumpulan atau grup WhatsApp (group) yang banyak secara tidak langsung telah mendedahkan pengguna kepada risiko kecurian data peribadi.

Ketua Pesuruhjaya Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia (JPDP), Mazmalek Mohamad memaklumkan, kajian oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati lebih kurang 98% rakyat Malaysia telah menggunakan aplikasi WhatsApp sebagai platform untuk berkomunikasi sama ada dengan kenalan atau urusan kerja, Lapor Kosmo.

Seorang ada lebih kurang 30 grup WhatsApp

“Bergantung kepada populariti atau keperluan, seseorang itu dianggarkan mempunyai kira-kira 30 grup WhatsApp yang mana secara tidak langsung memberikan akses nombor telefon milik mereka kepada kira-kira 600 individu lain secara kasar.

“Sudah pasti tidak semua di antara kita mengenali setiap individu yang berada di dalam grup WhatsApp yang kita sertai, lainlah jika ia kumpulan keluarga atau rakan serumah, jadi bagaimana mahu melindungi data kita daripada individu yang tidak dikenali ini?,” jelasnya.

Ulasnya, apabila data seperti nombor telefon dimiliki oleh orang lain di dalam kumpulan itu apakah yang mengahalang individu tersebut dari memberikan kepada pihak lain.

Nombor telefon merupakan data peribadi

“Di masa kini, nombor telefon merupakan data peribadi milik individu yang perlu dilindungi kerana apabila telah didedahkan, tidak mustahil kita akan menerima pelbagai iklan menjual barang atau perkidmatan malah lebih teruk jika dihubungi oleh ‘scammer’.

“Apabila berlaku kes kecurian data, JPDP siasat dan dapati ia berpunca daripada grup WhatsApp malah ada siasatan mendapati mangsa menyertai sehingga 50 grup dan tidak mengenali ahlinya yang lain,” kata beliau.

Rakyat perlu bijak dan jangan buat atau sertai jika tak beri faedah

Jelasnya lagi, rakyat Malaysia hendaklah bijak dalam buat pertimbangan serta jangan dengan mudahnya menubuhkan atau menyertai grup WhatsApp yang tidak memberi apa-apa faedah kepada mereka.

“Lebih banyak kumpulan yang kita sertai lebih besar risikonya,” jelas Mazmalek.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.