fbpx
Now Reading
Isu Beri Hadiah Cenderahati Mi Segera Perisa Daging Babi, Penganjur Tampil Minta Maaf
Isu beri hadiah cenderahati mi segera berperisa daging babi kepada penderma darah, penganjur mohon maaf

Isu Beri Hadiah Cenderahati Mi Segera Perisa Daging Babi, Penganjur Tampil Minta Maaf

Penganjur sedia untuk bertanggungjawab serta mengakui hal itu sememangnya tidak disengajakan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penganjur program derma darah di sebuah pusat membeli-belah di Batu Pahat, Johor, telah tampil memohon maaf berkaitan isu pemberian beg cenderahati yang mengandungi mi segera berperisa daging babi hingga menimbulkan kekecohan kepada penerima yang beragama Islam.

Menerusi laporan Utusan Malaysia, pengerusi jawatankuasa pengelola program tersebut, Lou Kok Meng memaklumkan pihaknya sedia untuk bertanggungjawab serta mengakui hal itu sememangnya tidak disengajakan.

Ambil maklum dan sedia beri kerjasama

“Penganjur mengambil maklum mengenai perkara itu dan sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

“Wakil kami juga sudah ke Bahagian Pengurusan Pentadbiran Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk memberi penjelasan mengenai kejadian itu,” jelasnya ketika dihubungi media.

Hanya boleh mohon maaf dan cuba perbaiki keadaan

Tambah beliau, ketika ini pihaknya hanya mampu untuk memohon maaf kepada orang ramai khususnya kepada pengunjung yang hadir menderma darah dalam program tersebut serta akan memperbaiki keadaan.

Sebelum ini, BuzzKini turut melaporkan bahawa pihak polis telah membuka satu kertas siasatan selepas menerima laporan daripada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung isu pemberian cenderahati berperisa daging babi semasa porgram derma darah di sebuah pusat beli-belah di Batu Pahat.

Baca artikel berkaitan:

Kredit foto: FB Lilie

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.