fbpx
Now Reading
Polis Cari Lelaki Tunjuk Alat Sulit Pada Pelajar Sekolah Tingkatan Tiga
Polis cari lelaki tunjuk alat sulit pada pelajar sekolah

Polis Cari Lelaki Tunjuk Alat Sulit Pada Pelajar Sekolah Tingkatan Tiga

Lelaki tersebut bertanya kepada pelajar berkenaan sebelum bertindak menunjukkan alat sulitnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki gila seks kini sedang menjadi buruan polis kerana didakwa menunjukkan alat sulit kepada pelajar di sebuah sekolah menengah di Presint 9, pada petang semalam (28 Jun).

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A.Asmadi Abdul Aziz semasa dihubungi telah mengesahkan berkenaan insiden tersebut dan lelaki itu kini sedang menjadi buruan pihaknya, lapor Kosmo.

Dua laporan diterima dari dua orang pelajar

Menurutnya, sebanyak dua laporan telah diterima polis Putrajaya dari dua orang pelajar Tingkatan 3 sekolah itu berkenaan insiden tersebut.

“Kami sudah berjaya mendapatkan butiran suspek berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan yang dikongsi pelajar berkenaan.

Polis sedang mengesan suspek

“Kami sedang menjejaki suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 15 (a) Akta Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” jelasnya.

Jelas beliau, berdasarkan laporan mangsa, insiden tersebut berlaku di kawasan parkir kenderaan awam di hadapan Kompleks Sekolah Putrajaya Presint 9 (2).

Konon bertanya sebelum buka zip seluar dan tunjuk alat sulit

Beliau berkata, mangsa mendakwa telah didekati seorang pemuda yang menaiki kenderaan jenis Proton Persona berwarna kelabu sebelum suspek bertindak bertanya mengenai sesuatu kepada pelajar tersebut.

“Sejurus selepas itu, suspek tiba-tiba membuka zip seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada pelajar perempuan tersebut.

Sempat rakam gambar kereta sebelum lari

“Pelajar itu kemudian melarikan diri namun sempat merakam gambar kereta dan nombor pendaftaran kenderaan tersebut,” ulas A.Asmadi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.