fbpx
Now Reading
Guna Lorong Motosikal, Pemandu Honda City Kini Diburu Polis [Video]
polis buru pemandu kereta honda city memnadu di lorong motosikal

Guna Lorong Motosikal, Pemandu Honda City Kini Diburu Polis [Video]

Polis meminta saksi insiden untuk tampil bantu siasatan serta beri amaran agar pengguna jalan raya patuhi undang-undang trafik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis kini sedang mengesan individu yang memandu kenderaan jenis Honda City berwarna kelabu yang tular memandu di lorong motosikal di kilometer (km) 34.1 Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya.

Memetik laporan Sinar Harian, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid memaklumkan, polis pada Rabu telah mengesan video yang berdurasi selama 51 saat yang menunjukkan insiden tersebut selepas ia dimuat naik oleh seorang pengguna di Facebook.

Satu video dikesan berhubung sebuah kereta memandu di lorong motosikal

“Pada 29 Jun lebih kurang jam 5 petang Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Petaling Jaya terkesan satu video tular mengenai sebuah kereta memandu di lorong motosikal.

“Dalam kejadian tersebut tidak melibatkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain,” jelasnya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, satu laporan telah dibuat oleh BSPT Petaling Jaya bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Beri amaran untuk patuhi undang-undang

Beliau dalam masa sama, turut mengingatkan pengguna jalan raya agar tidak melanggar undang-undang trafik dan meminta saksi insiden untuk tampil membantu siasatan.

“Pemilik atau pemandu kereta dan mana-mana saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Ahmad Termizi Abdul Halim di talian 0133752511,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.