fbpx
Now Reading
Mahkamah Tidak Benarkan Bapa ‘Baby Syifaa’ Keluar Kenyataan Di Media Sosial
Mahkamah tidak benarkan bapa 'Baby Syifaa' keluarkan kenyataan di Media Sosial

Mahkamah Tidak Benarkan Bapa ‘Baby Syifaa’ Keluar Kenyataan Di Media Sosial

Yuseri Yusoff turut kelihatan berang dengan keputusan itu, sebelum bertindak meninggalkan kamar mahkamah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mahkahmah Sesyen Seremban, semalam (29 Jun) telah memerintahkan Yuseri Yusoff, 39, bapa kepada ‘Baby Syifaa’ untuk tidak memuat naik apa-apa kenyataan atau dokumen berhubung kes kematian anaknya itu dan inkuesnya di media sosial sehingga prosiding selesai.

Perintah interim itu dikeluarkan Hakim Rushan Lutfi Mohamed selepas mendapat permohonan daripada Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan, Badius Zaman Ahmad serta Timbalan Pendakwa Raya Husni Fairos Ramly, lapor Harian Metro.

Prosiding yang telah ditetapkan pada 29 Jun itu sepatutnya didengar di Mahkmah Koroner tetapi hakim sedang mengikuti kursus.

Untuk menghalang Yuseri dari membuat sebarang komen atau perkongsian di media sosial

Pada prosiding tersebut Husni memaklumkan, permohonan berkenaan secara dasarnya untuk menghalang Yuseri dari membuat sebarang komen atau perkongsian di Facebook (FB) yang menyentuh peranan serta tanggungjawab mahkamah, Jabatan Peguam Negara dan polis.

“Ia juga bagi memastikan prosiding inkues ini berjalan lancar dan pihak pendakwaan akan memfailkan permohonan pada hari ini dan ia akan diserahkan kepada Yuseri.

“Sementara pendengaran inkues ini didengar di mahkamah, saya mohon beri satu perintah sementara bagi menghalang Yuseri membuat apa-apa komen berkaitan inkues ini sehingga satu perintah dikeluarkan mahkamah,” jelasnya.

Peguam pemerhati Yuseri turut mempersoalkan berkenaan jurugambar polis yang tidak berada dalam senarai saksi

Sementara itu, peguam pemerhati Yuseri, Gaithri Thomas turut mempersoalkan berkenaan jurugambar polis yang tidak berada dalam senarai saksi yang dikemukakan pihak pendakwaan.

Menurut Gathri, jurugambar adalah antara individu yang penting dalam prosiding inkues tersebut kerana individu itu yang mengambil gambar Baby Syifaa dan tempat kejadian.

“Pada tarikh lalu, kami ada menerima beberapa salinan senarai saksi pertama terdapat 28 orang dan kedua ada 10 orang.

Sudah keluarkan notis kepada pihak pendakwa

“Bila kami teliti senarai saksi itu, kami dapati jurugambar tiada. Saya sudah keluarkan notis kepada pihak pendakwa raya untuk memanggil jurugambar pada tarikh perbicaraan,” ulasnya.

Pihak pendakwaan kemudian bersetuju untuk memasukkan jurugambar dalam senarai saksi pendakwaan.

Manakala seorang lagi peguam pemerhati Yuseri, Muhammad Amin Anuar menjelaskan, pihaknya juga akan mengemukakan senarai saksi sendiri kepada pihak pendakwaan untuk membantu mahkamah.

Mahkamah kemudian memutuskan 22 September, 10 November dan 17 November depan sebagai tarikh untuk bicara.

Yuseri kelihatan berang

Yuseri yang hadir ke mahkamah dilihat berang dengan keputusan tersebut sebelum meluru keluar dari kamar mahkamah.

Turut hadir pada prosiding itu, peguam pemerhati pengasuh, Norliana Ali Othman.

Media sebelum ini pada 23 Februari ada melaporkan berhubung Baby Syifaa yang ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai lehernya tersangkut pada kain buaian di sebuah pusat asuhan dekat Sendayan, Seremban, pada jam lebih kurang 3 petang.

Insiden tersebut dikatakan berlaku apabila mangsa dikatakan ditidurkan dalam buaian di sebuah bilik oleh pengasuhnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.