fbpx
Now Reading
Filem ‘Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan’ Bawa Semangat Jati Diri Islam – Menteri Agama
Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan bangkit semangat jati diri Islam

Filem ‘Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan’ Bawa Semangat Jati Diri Islam – Menteri Agama

Filem itu bukan sahaja menjadi fenomena malah turut dilihat menyuntik semangat jati diri Islam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Filem “Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan” bukan setakat mencetuskan satu fenomena yang luar biasa sehingga mendapat kutipan lebih dari RM20 juta dalam tempoh seminggu, malah ia turut menaikkan semangat jati diri Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, memberi reaksi itu selepas pihak penerbit filem, Studio Kembara berkunjung ke pejabatnya semalam (30 Jun).

Terdapat unsur-unsur nasihat dan ikatan ukhwah

Menurutnya, filem yang diarahkan oleh Syamsul Yusof tersebut turut disajikan dengan nasihat serta ikatan ukhwah yang sangat kuat dan semuanya terangkum dalam filem itu.

“Ia juga membawa mesej dakwah kepada masyarakat.

“Saya bangga dan kagum dengan sambutan filem Mat Kilau dan merasakan filem ini boleh menjadi contoh dalam industri,” tulisnya dalam hantaran di Facebook.

Jadi amal jariah untuk yang terlibat dalam pembikinan filem ini

Menurut Idris, filem itu juga akan menjadi satu amal jariah kepada penerbit, pengarah filem, pelakon serta krew produksi serta seluruh yang terlibat.

Ucap tahniah dan syabas

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah serta syabas kepada Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mat Dali dan seluruh teman-teman selaku penerbit filem Mat Kilau.

“Tahniah juga buat saudara Syamsul Yusof selaku pengarah, seluruh barisan pelakon dan warga produksi filem Mat Kilau,” ulasnya lagi.

Beliau dalam masa sama turut memaklumkan bahawa kementeriannya dengan kerjasama JAKIM akan menganjurkan Majlis Anugerah Media Islam pada Januari 2023 bagi mengiktiraf karya-karya kreatif yang berunsurkan Islam.

“Teruskan berkarya. Saya sentiasa doakan perjuangan kalian semua. Siiru ‘ala Baraktillah,” kata Idris Ahmad.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.