fbpx
Now Reading
Pas Pengembara Bagi Rakyat Malaysia Dimansuhkan Bermula 4 Julai 2022

Pas Pengembara Bagi Rakyat Malaysia Dimansuhkan Bermula 4 Julai 2022

Ciri-ciri Pas Pengembara tetap akan dipaparkan di aplikasi MySejahtera dan masih perlu di lengkapkan oleh pengembara bukan warganegara sebelum memasuki negara ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bermula Isnin (4 Julai), warga tempatan yang akan pulang ke negara ini tidak perlu lagi mengisi serta melengkapkan ciri-ciri Pas Pengembara (Travellers’sPass) dalam aplikasi MySejahtera mereka.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kelonggaran itu diberikan bagi memudahkan warganegara kembali ke Malaysia.

Menurutnya, pada waktu ini keadaan sistem kesihatan di Malaysia juga berada pada tahap yang baik dan memuaskan.

Pemansuhan akan dibuat secara berperingkat

“Pemansuhan ini akan dibuat secara berperingkat untuk turut memberi kelonggaran kepada kumpulan lain seperti pemegang pas sosial, pas pelajar serta penduduk tetap pada masa depan yang akan diumumkan kelak.

“Sebagai permulaan, pemansuhan ini hanya terpakai kepada warganegara,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Khairy, bagaimanapun, ciri-ciri Pas Pengembara tetap akan dipaparkan di aplikasi MySejahtera dan masih perlu di lengkapkan oleh pengembara bukan warganegara sebelum memasuki negara ini.

“Selain pemantauan kes-kes Covid-19 di kalangan pengembara luar, ciri-ciri berkenaan perlu dilengkapkan oleh mereka supaya Kementerian Kesihatan (KKM) berupaya membuat pemantauan rapi ke atas penyakit berjangkit lain dari luar negara seperti cacar monyet.”

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.