fbpx
Now Reading
Tular Intai Sesama Jantina Di Tandas RnR, Ada Dakwa Lelaki Dituduh Rupanya Kena ‘Pau’ Oleh Perakam [Video]

Tular Intai Sesama Jantina Di Tandas RnR, Ada Dakwa Lelaki Dituduh Rupanya Kena ‘Pau’ Oleh Perakam [Video]

Video yang tular sebelum ini juga sudah dipadam apabila ada pihak yang menyatakan kes tersebut kini dalam siasatan pihak polis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (30 Jun), tular di media sosial satu rakaman yang memaparkan seorang lelaki mendakwa menjadi mangsa intai oleh seorang lagi lelaki lain di dalam tandas di sebuah hentian Rehat dan Rawat (RnR).

Menerusi rakaman tersebut, lelaki terbabit dikatakan ke tandas untuk membersihkan diri sebelum dikejutkan dengan ketukan pintu dari luar.

Sehubungan itu, lelaki tersebut membuat rakaman melalui telefon bimbitnya apabila menyedari seperti ada seseorang yang berdiri di hadapan pintu tandas tersebut.

Selepas pintu dibuka, kelihatan susuk tubuh lelaki yang berperwatakan lembut dan berambut panjang berada di depan pintu tandas.

“Kau nak apa, kau nak kena pijak ka? Kau itu lelaki, kau buat tadi kau tak malu? Kau ingat aku lelaki apa,” soalnya di dalam rakaman tersebut.

Dalam pada itu, tertuduh dilihat cuba mengelak dari dirinya dari terus dirakam dan kedengaran perkataan meminta maaf berulang kali.

Kemungkinan tertuduh merupakan mangsa peras ugut

Bagaimanapun, menerusi satu kemas kini terbaharu yang diterima, kes tersebut sudah pun di dalam siasatan pihak polis.

Ini kerana terdapat dakwaan berbeza yang memaklumkan bahawa individu yang dituduh adalah mangsa peras ugut.

Menurut individu yang memuat naik video berkenaan, dia memilih untuk membuang video lama sebaliknya menggantikan video yang baru memandakangkan kes itu kini di dalam siasatan.

“Disebabkan ada yang kata kes dalam siasatan, jadi saya take down video sebelum ini.

“Supaya polis boleh buat siasatan lanjut kerana dengar kes ini adalah kes ‘pau’ jadi saya tak nak panjangkan isu,” tulisnya pada kenyataan di dalam video.

Melihat ke ruangan komen, ada pihak yang mendakwa mengenali lelaki yang dituduh mengintai itu. Dia turut mendakwa ia adalah satu kes peras ugut dan bukan kantoi mengintai seperti yang tular sebelum ini.

Buat sementara ini, diharapkan tiada pihak yang terus menyebar video tersebut kerana ingin memberi ruang kepada pihak polis untuk menyiasat isu ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.