fbpx
Now Reading
Lelaki Warga Asing Maut Terkena Sabit Diri Sendiri Ketika Menyamun

Lelaki Warga Asing Maut Terkena Sabit Diri Sendiri Ketika Menyamun

Selain suspek, mangsa yang cedera parah turut maut selepas diserang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki warga asing dijumpai maut akibat tersabit diri sendiri ketika menyamun dalam satu insiden di sebuah premis Taman Perindustrian Kepong, Petaling Jaya, semalam (3 Julai).

Dalam insiden lebih kurang jam 8 pagi tersebut, mangsa yang disamun iaitu seorang lelaki warganegara sama dengan suspek turut disahkan meninggal dunia.

Suspek pada awalnya hanya berbual dengan mangsa

Memetik laporan Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed memaklumkan, insiden tersebut berlaku semasa suspek mendatangi mangsa yang berada di sebuah premis.

Jelasnya, suspek yang berumur 50 tahun itu pada awalnya berbual dengan mangsa, namun secara tiba-tiba suspek bertindak menyerang dan menetak mangsa dengan menggunakan sabit panjang.

Ambil kerusi untuk pertahankan diri

“Mangsa kemudian mengambil kerusi plastik untuk mempertahankan diri, namun dalam masa yang sama senjata yang digunakan telah terkena pada bahagian paha kiri lelaki yang menyerangnya.

“Suspek berlari ke arah luar premis dan terus rebah di atas jalan pada jarak lebih kurang 36 meter dari lokasi kejadian sebelum disahkan meninggal dunia,” jelasnya.

Mangsa disahkan meninggal dunia

Menurut Zainal, dalam pada masa sama, mangsa yang berumur 48 tahun yang juga mengalami kecederaan parah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

“Dia kemudian turut disahkan meninggal dunia. Sehubungan itu, siasatan dilakukan dan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” kata beliau.

Tambahnya lagi, kes turut dianggap selesai kerana mangsa dan suspek yang terlibat ini telah meninggal dunia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.