fbpx
Now Reading
Padah Tiru Kenderaan PDRM, Pemilik Nissan Skyline R32 Ditahan Polis [Video]

Padah Tiru Kenderaan PDRM, Pemilik Nissan Skyline R32 Ditahan Polis [Video]

Kereta jenis Nissan Skyline R32 yang mempunyai corak dan lambang persis kenderaan polis itu menyertai pameran kereta di Maeps, Serdang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara mengubahsuai kereta seperti kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), seorang lelaki yang menyertai pameran kereta di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang ditahan polis pada Sabtu lalu (2 Jul).

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, peniaga aksesori kereta yang berumur 43 tahun itu ditahan pada jam 10.30 malam.

Menurutnya, lelaki itu ditahan oleh pasukan Bahagian Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Sepang selepas melakukan pemerhatian di pusat pameran itu dan merampas kereta jenis Nissan Skyline R32 yang mempunyai lambang dan corak menyerupai kenderaan polis.

“Kenderaan terbabit mempunyai cukai jalan lengkap dan digunakan oleh pemiliknya.

“Pemilik kenderaan telah dibebaskan pada 12 tengah malam dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki barangan yang dibekalkan kepada pihak polis untuk melaksanakan tugas,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, tular di laman TikTok sebuah kereta sport jenis Nissan Skyline R32 yang mempunyai corak serta lambang yang menyerupai kenderaan rasmi PDRM.

Kredit gambar: TikTok Wanzz.99

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.