fbpx
Now Reading
Lelaki Kelar Isteri & Anak Sebelum Larikan Diri Dalam Keadaan Berbogel Direman 7 Hari
Lelaki kelar isteri dan bayi ditahan polis

Lelaki Kelar Isteri & Anak Sebelum Larikan Diri Dalam Keadaan Berbogel Direman 7 Hari

Kedua-dua mangsa iaitu isteri dan bayi lelaki suspek dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu, sebelum tengah hari Selasa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki yang tular videonya di media sosial menunggang motosikal dalam keadaan berbogel telah ditahan polis, semalam (4 Julai).

Individu tersebut dipercayai melarikan diri selepas dia bertindak mengelar isteri yang berusia 26 tahun dan bayi lelaki berusia tiga bulan di kediaman keluarganya di Kampung Bakar Batu, Johor Bharu.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Johor Bharu Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat memaklumkan, pada jam 12.42 tengah hari polis telah menerima laporan berkenaan kematian ibu dan bayi itu sebelum bergegas ke tempat insiden.

Suspek berjaya ditahan

“Hasil siasatan pihak polis, kejadian dipercayai berlaku kira-kira 12.30 tengah hari dan bertindak atas maklumat kita berjaya menangkap suspek.

“Suspek ditahan dikawasan Permas Jaya pada 2.45 petang oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bharu Selatan (JBS),” jelasnya.

Pisau pemotong daging dan motosikal dirampas

Menurutnya, sebilah pisau pemotong daging dan sebuah motosikal berwarna merah turut dirampas.

Jelasnya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika didapati bersalah boleh dihukum mati.

Dikenakan reman 7 hari

Suspek yang juga tukang cuci kapal difahamkan telah direman selama 7 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman tersebut dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Johor Bahru, Nur Izzaty Muhammad Zahari, selepas permohonan dikemuka Polis Diraja Malaysia (PDRM), pada pagi Selasa, 5 Julai.

Mungkin akibat desakan hidup

Menerusi laporan Harian Metro pula, bapa mangsa, Rosman Ahmad, 58, memaklumkan dia tahu bahawa menantunya itu kini tidak mempunyai pekerjaan tetap.

“Sejak berkahwin, pasangan itu hidup bahagia. Anak saya dan menantu memang anak yang baik. Mereka tiada masalah. Saya tidak pernah dengar mereka bergaduh.

“Cuma akhir-akhir ini, saya tahu menantu saya tiada pekerjaan tetap selepas berhenti kerja. Kemudian saya dapat tahu dia hanya kerja sambilan mencuci kapal di Pasir Gudang dan bantu kerja penyediaan makanan,” jelasnya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menerusi satu lagi laporan, kedua-dua mangsa iaitu isteri dan bayi lelaki suspek dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu, sebelum tengah hari Selasa.

Tunggang motosikal di lebuh raya dan tak pakai topi keledar

Terdahulu tular satu video memaparkan suspek sedang menunggang motosikal dalam keadaan berbogel di lorong tengah lebuh raya tanpa memakai topi keledar.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.