fbpx
Now Reading
Teruk Dikecam Buat Konten Tarik Tudung, YouTuber Dakwa Ia Hanya Untuk Uji Rakyat Malaysia [Video]

Teruk Dikecam Buat Konten Tarik Tudung, YouTuber Dakwa Ia Hanya Untuk Uji Rakyat Malaysia [Video]

Menurut YouTuber itu, dia meminta agar orang ramai yang menonton videonya membuat penilaian sendiri dan memberikan komen di ruangan yang disediakan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (4 Julai), tular di laman Twitter apabila seorang pengguna menzahirkan kemarahan terhadap seorang YouTuber tempatan yang menghasilkan video ‘prank’ menarik tudung wanita di kawasan awam.

Luahan tersebut menarik perhatian ramai di mana majoriti turut mengecam perbuatan YouTuber tersebut yang disifatkan biadap dan langsung tidak peka dengan sensitiviti golongan wanita Muslim.

Di dalam video bertajuk ‘AKU TARIK TUDUNG PEREMPUAN’ berdurasi 4 minit 2 saat itu, dia mendakwa dirinya baru menceburi dunia YouTube dan sengaja mahukan respon dari orang ramai.

Menerusi perkongsian video tersebut, kelihatan dia bersama seorang jurukamera berada di suatu kawasan awam bagi menjalankan misi konten ‘prank’ menarik tudung wanita bertudung seperti yang dirancangnya.

“Apa yang aku nak buat sekarang ini, aku nak kacau perempuan yang pakai tudung dan tarik tudung dia. Aku nak tengok dia marah aku ke atau dia nak tumbuk aku ke, suka hati dia.”

NickCHANNEL

Seolah-olah mahukan populari dengan hasilkan konten ‘sampah’

Jelas di kalangan pengguna media sosial, YouTuber setahun jagung ini hanya inginkan populariti segera dengan menghasilkan konten sampah dan tidak bermanfaat agar dirinya menjadi perhatian masyarakat.

Konten hanya fake dan lakonan semata-mata

Sedar dirinya menjadi kecaman hebat orang ramai, YouTuber ini kemudiannya tampil menjelaskan bahawa video prank tersebut hanyalah sekadar konten.

Menurutnya, kedua-dua mangsa di dalam video berkenaan merupakan kenalannya. Tambahnya lagi, segala isi konten yang dipaparkan di dalam video tersebut merupakan lokanan semata-mata.

“Sebenarnya aku kenal diorang ni dan diorang memang tak pakai tudung pun, tapi aku buat social experiment ni sebab nak tengok apa yang korang kecam sebab kebanyakan konten dari YouTuber lain buat korang ambik separuh-separuh dan korang kecam.”

NickCHANNEL

Malah dia mendakwa rata-rata rakyat Malaysia gemar memberi kecaman tanpa melihat video penuh terlebih dahulu.

Tampil dengan video penjelasan kedua

Dia kemudiannya tampil dengan satu lagi video yang bagaimanapun dilihat bercanggah dengan penjelasan video pertamanya.

Buka nitu sahaja, dia mendakwa video yang tular itu hanyalah untuk menguji dan melihat respon netizen Malaysia.

Hal ini kerana, penjelasan video kedua lebih menekankan tentang misi melihat reaksi rakyat Malaysia yang beragama Islam apabila isu agama dipersendakan.

Dia dalam masa yang sama turut memohon maaf sekiranya rakyat Malaysia berasa kecewa dengan konten yang dihasilkannya.

Meskipun sudah tampil dengan dua video penjelasan, orang ramai bagaimanapun tetap tidak dapat menerima konten berkenaan serta alasan yang diberikannya.

Ramai yang terus mengecam dan berharap agar konten tidak memberi manfaat itu segera diturunkan kerana dikhuatiri akan menjadi ikutan pereka kandungan yang lain.

Ada yang merasakan perbuatan itu juga harus dilaporkan kepada pihak polis bagi mengelak insiden sama berulang.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.