Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret Marang, Terengganu atas kesalahan mencuri dua peket Milo bernilai RM73 di sebuah pasar raya di daerah sama pada 25 Mei lalu.
S M (nama inisial), 43, seorang suri rumah yang menetap di Kampung Baru Kuala Abang, Dungun dijatuhkan hukuman tersebut oleh Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda selepas mengaku bersalah sebaik kertas pertuduhan dibacakan.
Foto sekadar hiasan
Perbuatannya disedari pemilik pasar raya
Mengikut fakta kes, tertuduh yang juga seorang penagih dadah dikesan melakukan perbuatan mencurigakan itu oleh pemilik pasar raya menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Pemilik pasar raya itu kemudiannya bertindak mengikuti wanita itu sebelum tertuduh cuba melarikan diri dengan meninggalkan motosikal yang dinaikinya di Hentian Bas Marang.
Dengan berpandukan nombor pendaftaran motosikal tersebut, pihak polis pada 6 Jun akhirnya berjaya menahan wanita itu di rumahnya.
Ada 3 rekod jenayah mencuri
Menerusi laporan Utusan, wanita itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau iaitu mencuri barangan di pasar raya pada tahun 2019 dan 2021.
Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.