fbpx
Now Reading
Macam Semua Sudah Berpakat, Aksi Pusingan U Berjemaah Jadi Perhatian [Video]

Macam Semua Sudah Berpakat, Aksi Pusingan U Berjemaah Jadi Perhatian [Video]

Kejadian aksi U-turn secara serentak yang dipaparkan melalui kamera muka (dashcam) ini dikatakan berlaku di jalan Segambut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelbagai jenis tingkah laku pengguna jalan raya terutamanya di Malaysia yang dapat dilihat selepas kewujudan teknologi kamera muka (dashcam) pada sesebuah kenderaan.

Antara sikap pengguna jalan raya yang kerap dilihat adalah kenderaan membuat pusingan U (U-turn) di kawasan atau jalan yang tidak sepatutnya kerana ia mampu mengundang bahaya buat pengguna jalan yang lain serta salah di sisi undang-undang.

Namun kali ini agak berbeza apabila seorang pengguna laman TikTok berkongsi satu rakaman dashcam yang menunjukan aksi 8 buah kenderaan pelbagai jenis yang membuat U-turn secara serentak.

Berdasarkan sudut kamera dari bahagian depan, rakaman ini cukup menarik jika diteliti, ditambah pula dengan rentak muzik yang dianggap kena dengan situasi video tersebut.

Walau bagaimanapun, mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) Seksyen 79 (2) dan kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959, menyatakan pusingan U hanya dibenarkan menurut isyarat jalan yang ditunjukkan.

Oleh itu, para pengguna jalan raya diingatkan bahawa membuat pusingan U di tempat yang tidak mempunyai papan tanda pusingan U adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500.

Menerjah di ruangan komen, rata-rata pengguna laman TikTok yang menonton video itu terpukau serta memberikan komen rasa keterujaan mereka melihat aksi sederetan kereta yang melakukan aksi pusingan U secara serentak.

Kredit gambar: TikTok mentarisenj4

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.