fbpx
Now Reading
“Subsidi Untuk Rakyat Tapi..” – KPDNHEP Batalkan Lesen 15 Syarikat Bungkus Minyak Bersubsidi [Video]

“Subsidi Untuk Rakyat Tapi..” – KPDNHEP Batalkan Lesen 15 Syarikat Bungkus Minyak Bersubsidi [Video]

Terdapat dua lagi syarikat yang sedang disiasat oleh KPDNHEP kerana disyaki turut terlibat dalam penyeludupaan minyak masak paket bersubsidi ke negara jiran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak tahun lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengambil tindakan termasuk menarik balik lesen 15 syarikat pembungkusan minyak bersubsidi. 

Tindakan itu diambil selepas siasatan oleh KPDNHEP mendapati 15 syarikat itu terbabit dalam penyelewengan bekalan minyak masak paket satu kilogram ke negara jiran.

Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata, kesemua syarikat ini akan dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM1 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali.

“Bagi syarikat pula, sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta, ” katanya pada sidang media di Shah Alam, semalam (4 Julai).

Penghasilan minyak masak paket tidak akan berkurang

Menurut Rosol, kesemua kuota penghasilan minyak masak paket yang diberikan pada 15 syarikat itu kini diserahkan kepada syarikat lain.

“Dengan penarikan lesen ini bukan bermakna penghasilan minyak masak paket ini berkurangan. Penghasilan tetap dikeluarkan sebanyak 60,000 kilogram sebulan melalui pemindahan kuota kepada syarikat lain.”

Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid

Dua lagi syarikat sedang disiasat

Menurutnya lagi, pihak KPDNHEP sedang menyiasat dua lagi syarikat pembungkusan yang berada di Selangor dan Perak kerana disyaki turut terlibat dalam aktiviti penyuludupan minyak masak paket ke negara jiran.

Tambahnya, setakat ini belum ada tangkapan, namun pihaknya sudah mulakan siasatan yang kebiasaannya mengambil masa kira-kira tiga bulan.

“Tidak sepatutnya berlaku subsidi yang diberikan kerajaan untuk manfaat rakyat, namun dinikmati oleh warga asing. Atas sebab itu kita melakukan pemeriksaan secara agresif pada sepanjang masa.”

Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid

KPDNHEP aktif Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) setiap hari

Rosol berkata, setakat bulan Julai sahaja, sebanyak 22 aduan berkaitan minyak masak dan 25 aduan berkaitan ayam diterima KPDNHEP.

“Bagi memastikan setiap aduan yang diterima daripada pengguna dapat diuruskan dengan lebih berkesan, KPDNHEP mengaktifkan Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) yang akan beroperasi setiap hari termasuk cuti hujung minggu bermula jam 8 pagi hingga 8 malam,” ujarnya lagi.

Terdahulu, tular di laman TikTok video yang memaparkan sejumlah minyak paket disyaki bersubsidi jenama Malaysia yang sedang berada di Thailand.

@abgpotai

🤣🤣fyp.. Penyangak berluasa#TakeBestShot

♬ Che La Luna – Louis Prima

Kredit gambar: Facebook KPDNHEP

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.