fbpx

“Keterangan Telah Direkodkan..” -Pelayan Wanita Kedai Air Buah Viral Sudah Ditahan JHEAT

Wanita itu ditahan di dalam premis miliknya pada Selasa malam dalam satu operasi JHEAT bersama pihak polis dan Majlis Daerah Setiu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beberapa hari lalu, tular di media sosial satu video TikTok memperlihatkan dua orang lelaki yang merupakan pelanggan di sebuah kedai minuman ‘viral’ di Setiu, Terengganu memeluk seorang wanita sewaktu bergambar dengannya.

Menerusi video tersebut, dua pelanggan itu tanpa segan silu dilihat memeluk wanita berkenaan yang difahamkan adalah pemilik kedai air buah itu masing-masing di bahagian pinggang dan bahu.

Penularan video tersebut mengundang kemarahan orang ramai di mana rata-rata mahukan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap individu terlibat termasuklah wanita berkenaan.

Ini kerana netizen mendakwa kedai tersebut memang terkenal di kalangan lelaki mata keranjang dan geng permotoran malah pemiliknya iaitu wanita berkenaan pernah terpalit dengan satu video kontroversi.

Dia juga sering dilihat berkongsi foto menjolok mata di akaun media sosialnya.

Sudah ditahan dan diambil keterangan

Terbaharu semalam, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dilaporkan sudah pun menahan wanita berkenaan kerana berkelakuan dan berpakaian tidak senonoh di kedai makanan dan minumannya.

Menurut Pesuruhjaya JHEAT, M Rozi Bidin, wanita itu ditahan di dalam premis miliknya sewaktu operasi bersama pihak polis serta Majlis Daerah Setiu pada malam Selasa.

“Keterangan telah direkodkan, beberapa saksi termasuk saksi tambahan akan turut dipanggil bagi membantu siasatan.

“Sebaik siasatan lengkap, kertas siasatan akan dihantar ke bahagian pendakwaan syarie untuk didakwa di bawah mana-mana seksyen, ” katanya dipetik dari Sinar Harian yang memetik portal Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).

Beliau dalam masa sama mengesyorkan kes itu dirujuk mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Wanita sama pernah dipanggil JHEAT untuk tindakan dan diberi nasihat

Tambah M Rozi lagi, wanita itu sebelum ini telah dipanggil ke pejabat JHEAT untuk diambil tindakan dan diberi nasihat.

“Kedai makan ini memang dalam pemantauan kita sebelum ia tular lagi,” kata beliau lagi.

Baca artikel berkaitan :


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.