fbpx
Now Reading
Lelaki Maut Terkena Tembakan Senapang Patah Rakan Di Kebun Durian

Lelaki Maut Terkena Tembakan Senapang Patah Rakan Di Kebun Durian

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, senapang patah itu dilesenkan atas nama bapa saudara salah seorang rakan mangsa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki maut dipercayai terkena tembakan senapang patah yang dibawa oleh rakannya semasa berada di kebun durian berhampiran Sungai Gabai, Hulu Langat, Selangor pada pagi semalam (6 Julai).

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya mendapat laporan mengenai kejadian itu pada pukul 7.15 pagi.

Menurut Mohd Zaid, siasatan awal yang dilakukan mendapati mangsa yang berusia 32 tahun itu pergi ke kawasan berkenaan bersama tiga rakannya.

“Semasa dalam perjalanan, seorang rakan si mati yang membawa senjata api (iaitu senapang patah) telah tergelincir di lereng bukit dan senapang yang dipegangnya terpelanting dari tangan serta berlaku tembakan.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan

Menurutnya lagi, mangsa yang berada di belakang dalam anggaran jarak tiga meter telah terkena tembakan tersebut dan disahkan mati di tempat kejadian.

Terdapat beberapa kesan tembakan peluru di badan mangsa

Kata Mohd Zaid, bagaimanapun pihak forensik mendapati terdapat beberapa kesan tembakan peluru dipercayai daripada senjata api itu pada badan mangsa.

3 rakan mangsa ditahan bagi membantu siasatan

Tambahnya, senapang itu dilesenkan atas nama bapa saudara salah seorang rakan mangsa dan ketiga-tiga mereka, berumur lingkungan 36 hinga 43 tahun, ditahan bagi membantu siasatan.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Orang awam yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan balai polis terdekat atau pegawai penyiasat ASP Redzuan Mat Salleh di talian 013-7854100.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.