fbpx
Now Reading
Bekas PM Jepun Shinzo Abe Disahkan Meninggal Dunia

Bekas PM Jepun Shinzo Abe Disahkan Meninggal Dunia

Terdahulu media tempatan melaporkan beliau berada dalam keadaan kritikal dan berdepan ‘cardo-respiratory arrest’ iaitu fungsi jantung dan pernafasan terhenti akibat dari tembakan tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe disahkan telah meningal dunia selepas ditembak dari belakang sewaktu sedang berkempen di wilayah Nara.

Menurut laporan NHK, Abe menghembuskan nafas yang terakhir pada usia 67 tahun sewaktu sedang menerima rawatan di sebuah hospital di bandar Kashihara.

Shinzo Abe merupakan Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat di negara matahari terbet itu selepas memegang jawatan sebanyak dua kali iaitu pada 2006 dan sekali lagi pada 2012-2020.

Terdahulu media tempatan melaporkan beliau berada dalam keadaan kritikal dan berdepan ‘cardio-respiratory arrest’ iaitu fungsi jantung dan pernafasan terhenti akibat dari tembakan tersebut.

Suspek yang menembak beliau bagaimanapun berjaya ditahan dan senjata yang digunakannya turut dirampas.

Berikutan dengan insiden tersebut, kerajaan Jepun memaklumkan sebuah pasukan khas akan ditubuhkan bagi menyiasat punca insiden.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.