fbpx
Now Reading
Bekas PM Jepun Shinzo Abe Ditembak Dari Belakang Ketika Berucap, Suspek Sudah Ditahan
Bekas perdana menteri jepun ditembak ketika sedang berucap

Bekas PM Jepun Shinzo Abe Ditembak Dari Belakang Ketika Berucap, Suspek Sudah Ditahan

Bekas Perdana Menteri Jepun itu telah rebah pada tembakan kedua dan mengalami ‘cardo-respiratory arrest’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah dilaporkan ditembak sewaktu sedang berucap semasa kempen di wilayah Nara.

Menerusi laporan Kosmo, yang diambil dari laporan badan penyiaran NHK, seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 40-an telah ditahan kerana cubaan membunuh, dan senjata api miliknya turut dirampas polis.

Sedang beri ucapan sebelum ditembak

Sebelum insiden berlaku, bekas Perdana Menteri itu sedang menyampaikan ucapan di satu perhimpunan politik menjelang pemilihan dewan tinggi pada Ahad ini apabila bunyi tembakan kedengaran, lapor NHK dan agensi berita Kyodo.

“Beliau sedang berucap dan seorang lelaki menyelinap dari belakang secara tiba-tiba.

Rebah pada tembakan kali kedua

“Tembakan pertama berbunyi seperti pistol mainan. Abe tidak rebah. Tembakan kedua boleh dilihat, anda boleh melihat percikan api dan asap,” beritahu seorang wanita yang ada di tempat kejadian kepada NHK.

Susulan dari tembakan tersebut, Abe yang berumur 67 tahun kemudian rebah dan dilaporkan ada pendarahan di bahagian lehernya, jelas sumber partinya, Parti Liberal Demokratik pada agensi berita Jiji Pess.

Berdepan dengan situasi ‘cardio-respiratory arrest’

Menerusi laporan Berita Harian, NHK dan Kyodo turut melaporkan Abe dibawa ke hospital serta dilaporkan berdepan dengan situasi ‘cardio-respiratory arrest’ iaitu fungsi jantung dan pernafasan terhenti.

“Apa yang boleh kami kongsikan sekarang ialah pemindahannya ke sini selesai,” beritahu seorang pegawai Hospital Univerisiti Perubatan Nara yang enggan mengulas berhubung status Abe.

Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat di Jepun

Shinzo Abe, merupakan Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat di Jepun di mana beliau memegang jawatan pada tahun 2006 selama setahun dan sekali lagi ketika 2012 hingga tahun 2020.

Berikutan dengan insiden tersebut, kerajaan Jepun memaklumkan sebuah pasukan ditubuhkan dan jurucakap tertinggi kerajaan akan mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi.

Jepun mempunyai undang-undang kawalan senjata api yang paling ketat

Negara Jepun mempunyai undang-undang kawalan senjata yang paling ketat di dunia, serta kematian tahunan disebabkan senjata api di negara yang mempunyai penduduk sebanyak 125 juta orang itu kebiasaanya adalah satu digit.

Malah permohonan dalam mendapatkan lesen senjata api juga perlu menjalani satu proses yang panjang serta rumit walaupun untuk warga Jepun.

Ini kerana, ia perlu mendapatkan cadangan dari persatuan menembak terlebih dahulu dan menjalani pemeriksaan polis yang ketat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.