fbpx
Now Reading
“Bila Di Lokap, Saya Tak Boleh Tidur” – YouTuber Buat Konten Tarik Tudung Kesal, Akui Tak Fikir Panjang [Video]

“Bila Di Lokap, Saya Tak Boleh Tidur” – YouTuber Buat Konten Tarik Tudung Kesal, Akui Tak Fikir Panjang [Video]

Menurutnya, apa yang berlaku memberi kesan yang mendalam kepada dirinya, terutama apabila ditahan di lokap sepanjang kesnya disiasat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

YouTuber tular yang menghasilkan konten prank tarik tudung meluahkan rasa kesal di atas perbuatannya hinga mengakibatkan dia ditahan di Balai Polis Wangsa Maju pada Selasa lalu (5 Julai).

Menerusi laporan Harian Metro, pemilik YouTube NickChannel, Fakrul Rushdan Roslan, 24, menganggap segala yang dihadapinya adalah dugaan dari Allah dan harus bertanggungjawab dengan apa yang telah terjadi.

Menurutnya, apa yang berlaku memberi kesan yang mendalam kepada dirinya, terutama apabila ditahan di lokap sepanjang kesnya disiasat.

Hati tak tenang dan perlu muhasabah diri

Ketika ditahan polis, hatinya sudah tidak tenang dan dia juga banyak muhasabah diri, memikirkan kembali kesalahan yang telah dilakukannya.

Ujar Nick, semasa di dalam lokap, dia mengalami kesukaran tidur kerana hatinya yang tidak tenteram fikirkan keluarga selain tidak dapat menerima tindakannya itu.

“Saya faham perkara itu berkait dengan soal agama tetapi ketika saya buat (video) itu, saya tak berfikir panjang. Apabila jadi begini barulah saya terfikir kesannya. Silap saya sebab tak buat penjelasan awal, yang ia adalah eksperimen sosial hingga ramai salah faham.”

Pemilik YouTube NickChannel, Fakrul Rushdan Roslan

Belum berkesempatan bertemu ibu

Menurutnya lagi, Ibunya merupakan insan yang paling sedih atas apa yang berlaku dan dia belum berkesempatan bersemuka dengan ibunya di rumah keluarga di Rawang.

“Saya hanya berhubung di telefon dan menjelaskan hal sebenar. Emak, ayah dan abang tahu semuanya dan mereka sedih, tapi emak yang paling terkesan. Saya hanya mampu berterus terang, mengakui kesilapan saya dan meminta maaf. Saya beritahu akan selesaikan semuanya dan menjaga air muka mereka.”

Pemilik YouTube NickChannel, Fakrul Rushdan Roslan

Mendakwa diugut untuk dicederakan

Nick akui, sejak videonya tular, dia menerima pelbagai kecaman daripada rakyat Malaysia dan turut mendakwa dirinya diugut untuk dicederakan sehingga dia terpaksa membuat laporan polis bagi melindungi diri.

“Nak cakap sedia (untuk keluar dan menghadap masyarakat) masih 50-50 lagi, sebab ramai tak boleh terima apa saya buat. Buat masa ini, saya selesa duduk rumah dahulu sehingga kes selesai.”

Pemilik YouTube NickChannel, Fakrul Rushdan Roslan

Berkongsi mengenai video berkenaan, Nick menjelaskan idea asalnya adalah untuk menguji bangsa Melayu tentang sejauh mana mereka akan mempertahankan maruah wanita apabila melihat kejadian sebegitu berlaku.

Mengakui Kesilapan diri

Bagaimanapun, di akhir video, dia turut mengakui kesilapan dirinya yang tidak menjelaskan tentang tujuan ‘prank’ tersebut yang dimuat naiknya.

Terdahulu, selepas tular menghasilkan video ‘prank’ tarik tudung wanita Islam di media sosial, Nick telah didakwa di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur pada Rabu lalu (6 Julai) di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Baca artikel berkaitan:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.