fbpx
Now Reading
Cemburu Bekas Isteri Ada Hubungan Lain Punca Kes Bakar 34 Motosikal Di Bukit Jalil
tiga lelaki diberkas polis selepas bertindak bakar motosikal kerana cemburu

Cemburu Bekas Isteri Ada Hubungan Lain Punca Kes Bakar 34 Motosikal Di Bukit Jalil

Cemburu merupakan motif suspek bertindak untuk membakar motosikal mangsa sehingga menyebabkan 34 buah motosikal lain turut hangus terbakar dalam insiden tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Cemburu bekas isteri ada hubungan dengan salah seorang pemilik motosikal dipercayai punca lelaki bertindak untuk membakar motosikal milik mangsa yang diletakkan di kawasan pakir di bawah Blok G, PPR Kampung, Muhibbah, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam (7 Julai).

Perbuatan membakar kenderaan dua roda tersebut bagaimanapun menyebabkan 33 lagi buah motosikal pelbagai jenis yang ada di tempat itu turut hangus terbakar.

Sepasukan polis telah membuat tangkapan ke atas tiga lelaki tempatan

Menerusi laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Cheras, Assiten Komisioner Muhammad Idzham Jaafar memaklumkan, kira-kira pukul 2.30 pagi, satu pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D7) daerah telah membuat risikan serta tangkapan terhadap tiga lelaki tempatan.

“Kesemua suspek yang berusia antara 31 hingga 43 tahun diberkas dikawasan perumahan PPR Kampung Muhibbah, Bukit Jalil, disini.

Suspek ada rekod lampau kes jenayah dan dadah

“Semakan mendapati sesemua suspek memiliki rekod lampau berkaitan kes jenayah dan kes dadah.

“Hasil siasatan awal pihak polis mendapati punca kejadian bermotifkan cemburu terhadap hubungan bekas isteri suspek dengan salah seorang pemilik motosikal,” jelasnya.

Tambahnya, reman ke atas suspek telah dibenarkan selama enam hari bermula 7 Julai hingga 12 Julai untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan

Memetik laporan Sinar Harian, kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan hendaklah dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai informasi berhubung insiden kebakaran diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat kes iaitu Insp Muhamad Firdaus Bin Eber di talian 014-364-9458, atau di Hotline Polis Cheras 03-92845050/5051 atau Hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.

Pada 5 Julai lalu, sebanyak 34 buah motosikal telah dilaporkan musnah dalam kebakaran yang dipercayai angkara perbuatan khianat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Bukit Jalil.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.