fbpx
Now Reading
Pasangan Warga Emas Kerugian RM350,000 Selepas Rumah Hangus Dibakar Jiran Positif Dadah
bakar rumah warga emas kerana khianat

Pasangan Warga Emas Kerugian RM350,000 Selepas Rumah Hangus Dibakar Jiran Positif Dadah

Jiran yang melakukan perbuatan khianat itu telah ditahan polis selepas mangsa membuat laporan berhubung insiden terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerana rasa tidak senang hati, manusia sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat memuaskan hati sendiri. Tidak kisahlah jika ia melibatkan kerugian seseorang sekalipun.

Semalam (7 Julai), sepasang suami isteri warga emas berdepan dengan situasi mencemaskan apabila kediaman mereka terbakar kerana perbuatan khianat yang dilakukan jiran di Kampung Geting, Tumpat, Kelantan.

Laporan polis dibuat selepas beberapa jam insiden berlaku

Dalam insiden yang berlaku lebih kurang 4.30 pagi tersebut, suspek, seorang lelaki yang berumur dalam 30-an telah ditahan polis apabila mangsa tampil membuat laporan polis beberapa jam selepas insiden terjadi.

Menerusi laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah memaklumkan, sebelum insiden berlaku, mangsa yang berumur 75 tahun yang tinggal bersama isteri telah melihat kelibat seorang lelaki yang membaling satu objek dipercayai bahan api ke arah bumbung kediaman mereka.

Anak perempuan mangsa memaklumkan insiden tersebut kepada Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor

Jelasnya, perbuatan tersebut telah menyebabkan kediaman mangsa terbakar sebelum warga emas itu bertindak menghubungi anak perempuannya yang lantas membuat panggilan kecemasan di Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor.

“Kebakaran dapat dikawal oleh pihak bomba, namun keseluruhan peralatan dan perabot di dalam rumah musnah. Warga emas itu hanya sempat menyelamatkan sebuah motosikal dan kereta.

Alami kerugian RM350,000

“Siasatan mendapati, mangsa mengalami kerugian yang dianggarkan sebanyak RM350,000,” jelasnya.

Tambah beliau, mangsa telah membuat laporan berhubung insiden tersebut kira-kira jam 11.08 pagi semalam (7 Julai) dan suspek yang dikenali sebagai Amin ditahan polis.

Suspek positif dadah

Menurutnya, menerusi hasil ujian saringan air kencing didapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Amran berkata, pihaknya akan membuat permohonan reman kepada suspek pada pagi ini (8 Julai).

Kes disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat dengan api dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun atau denda.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.