fbpx
Now Reading
2 Anak Meninggal Selang Sehari, Warga Emas Tak Pernah Lelah Melawat Kubur Setiap Hari Selama Setahun [Video]

2 Anak Meninggal Selang Sehari, Warga Emas Tak Pernah Lelah Melawat Kubur Setiap Hari Selama Setahun [Video]

Pasangan warga emas itu akan menziarahi pusara kedua-dua anaknya pada setiap hari selepas solat subuh

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kematian dua anak lelaki akibat pandemik Covid-19 pada Ogos tahun lalu telah memberi kesan yang amat mendalam buat pasangan warga emas yang berada di Pulau Pinang.

Menurut laporan mStar, setiap hari Adnan Zakaria, 71 dan isterinya Cha Sayang Arshad, 67, menziarahi kubur kedua-dua anaknya yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Bendahari, Kepala Batas.

Menerusi hantaran yang di muat naik di laman TikTok milik Mehmed Nazara, video tular berkenaan memaparkan rutin harian pasangan itu yang begitu meruntun jiwa.

Muhammad Nazreen, 28, yang juga anak bagi pasangan warga emas itu berkata, dia sendiri turut sebak melihat nasib kedua-dua orang tuanya yang selalu bersedih mengenangkan kematian dua orang abangnya itu.

Meninggal dunia selang sehari

“Abang nombor tiga (Syaiful Iskandar) meninggal dunia pada Rabu petang manakala abang nombor empat (Mohd Noor Badarudin) meninggal dunia pada awal pagi Khamis. Kiranya mereka meninggal dunia dalam tempoh beberapa jam, selang sehari.

“Jenazah kedua-dua abang saya dikebumikan bersebelahan, tak jauh dari rumah mak ayah. Setiap hari mereka akan ke kubur. Selesai solat subuh, dalam pukul 7.00 pagi mereka akan keluar menaiki motor dan Kembali ke rumah pada pukul 9.00 pagi

“Mak dan ayah akan membawa tikar untuk duduk di kubur. Selain rutin membaca al-Quran, mereka juga akan siram air dan gosok batu nisan. Tap pernah terlepas pergi kubur setiap pagi kecuali pada hari hujan,” katanya.

@mehmed_nazara Semoga Mak Abah terus kuat insha'Allah #fypシ ♬ original sound – Shuib Sepahtu

Menurutnya, dia juga tidak menyangka video rutin harian yang di muat naiknya itu tular serta mendapat perhatian pengguna TikTok yang lain.

“Saya pernah tanya mak ayah, kenapa pergi kubur setiap hari sedangkan boleh berdoa dari rumah. Mereka kata, mak ayah mana yang rela tengok anak yang dilahirkan dan dikandungkan pergi dulu. lepas tu, mak ayah kata mereka rasa lagi dekat kalau pergi kubur. Rasa macam dua abang saya masih ada lagi.”

Muhammad Nazreen

Sambutan hari raya jadi suram dan sedih

Kata Nazreen, suasana meriah lapan beradik setiap kali tiba sambutan Aidilfitri dan Aidiladha juga sudah tidak dirasai selepas dua abangnya dijemput ilahi.

Lebih sedih, sambutan hari raya mulia itu menjadi sunyi dan hanya dipenuhi titisan air mata apabila ahli keluarga meratapi pemergian dua abangnya yang sudah tiada.

“Suasana raya memang tak sama macam sebelum ini. Dulu suasana lain masa dua abangnya masih ada. Kami semua adik-beradik akan balik kampung, tanya mak nak beli apa, nak masak apa.”

Muhammad Nazreen

Lebih menyedihkan apabila ibu bapanya kini tidak mahu dibelikan baju raya yang baharu serta sering menangis apabila selesai solat.

Melihat di ruangan komen, rata-rata pengguna di laman TikTok memberikan kata-kata semangat serta mendoakan agar kedua ibu bapanya diberikan kesihatan.

Kredit gambar: TikTok mehmed nazara

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.