fbpx
Now Reading
“Kalau Nak Diruntuh, Saya Rasa Dukacita..” – Noh Omar Cadang Stadium Shah Alam Diselenggara Bukan Diroboh

“Kalau Nak Diruntuh, Saya Rasa Dukacita..” – Noh Omar Cadang Stadium Shah Alam Diselenggara Bukan Diroboh

Adalah sesuatu yang mendukacitakan jika kerajaan negeri mengambil keputusan untuk merobohkan dan membina baru Stadium Shah Alam, Kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor,Tan Sri Noh Omar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Pembangunan dan Komunikasi, Tan Sri Noh Omar menyatakan bahawa Stadium Shah Alam yang menjadi ikon kepada pembangunan sukan negeri itu tidak sepatutnya dirobohkan jika diselenggara dengan baik oleh kerajaan negeri.

Menurutnya, adalah sesuatu yang menyedihkan jika kerajaan negeri mengambil keputusan itu kerana pembangunan yang sedia ada sepatutnya diteruskan walaupun diterajui oleh kerajaan dan parti berbeza.

Ujar Noh yang juga anak jati Selangor, Stadium Shah Alam memiliki nilai sentimental kepada dirinya dan juga rakyar negeri itu.

“Kalau nak diruntuhkan, saya rasa dukacita kerana sepatutnya stadium terbesar dan terhebat di negeri Selangor itu diteruskan (tidak diroboh) dan penyelengaraan perlu dibuat.

“Sepatutnya bila sudah tiga penggal memerintah, stadium itu diselenggara dan dijaga sebagaimana yang kita (kerajaan Barisan Nasional) buat dahulu.

“Ia seperti rumah, kalau dibiarkan 10 tahun baru nak baiki, memang ia kena runtuh… sayang kalau nak roboh dan bina baharu,” katanya kepada media semasa Program Korban Perdana Parlimen Tanjung Karang pada Ahad lalu (10 Jun).

Menurutnya lagi, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari yang sepatutnya menjawab persoalan mengenai kerja-kerja penyelenggaran ke atas stadium itu.

Terdahulu, media melaporkan Amirudin tidak menafikan terdapat cadangan untuk merobohkan Stadium Shah Alam dan pihaknya akan menjelaskan secara lebih terperinci mengenai cadangan itu pada 16 Julai ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.