fbpx
Now Reading
“Saya Laknat Orang Hina Islam” – Afdlin Tak Setuju Kelab Komedi Ditutup, Mahu Pelawak Wanita Dikenakan Tindakan

“Saya Laknat Orang Hina Islam” – Afdlin Tak Setuju Kelab Komedi Ditutup, Mahu Pelawak Wanita Dikenakan Tindakan

Afdlin mahukan kelab itu untuk terus beroperasi kerana isu yang membabitkan wanita itu tidak berkait dengan tempat itu sebagai platform serlahkan bakat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon dan pelawak, Datuk Afdlin Shauki meluahkan rasa tidak setuju dengan arahan penutupan kelab berunsur komedi, Crackhouse Comedy Club kerana ia membabitkan individu lain yang tidak bersalah.

Dalam satu hantaran di laman Instagram rasminya, Afdlin menentang penutupan kelab itu yang selama ini menjadi pentas kecil bagi bakat baharu pelawak solo beraksi hanya kerana masalah yang ditimbulkan seorang wanita tular.

Baca artikel berkaitan: Selepas JAWI, Polis Pula Siasat Video Wanita Buka Tudung & Baju Lepas Mengaku Hafal Al-Quran

Beliau turut mahukan kelab itu untuk terus beroperasi kerana isu yang membabitkan wanita berkenaan tidak berkait dengan tempat itu sebagai platform serlahkan bakat.

SOP yang tegas harus dijelaskan

Bagaimanapun, Afdlin menyatakan bahawa Prosedur Operasi Standard (SOP) yang tegas dari pihak menganjur harus dijelaskan kepada setiap pelawak yang ingin membuat persembahan stand up comedy.

“Saya berdiri untuk isu ini kerana saya juga ada restoran komedi yang berbentuk keluarga, Comedy Planet dahulu. ’Open mic’ kami dilakukan dan dibuka untuk orang yang nak mencuba dan di restoran saya, (Comedy Planet) tak pernah kami alami apa-apa penghinaan kepada agama pasal SOP yang kami beri pada pelawak.

“Jadi penutupan sementara untuk membantu siasatan polis, silakan, tapi bila saya dengar berita Crackhouse akan ditutup, saya agak terkejut. Ini kerana ia tempat di mana ramai pelawak ternama di kaca TV sekarang mendapat permulaan mereka,” tulisnya.

Afdlin laknat sesiapa yang menghina Islam

Dalam satu hantaran berasingan di laman Facebook, Afdlin yang juga aktivis kemanusiaan turut menegaskan prinsipnya dalam menegakkan agama Islam.

“Saya seorang beragama Islam yang sangat terkesan dan sekeras-kerasnya melaknat apa yang dibuat oleh mana-mana orang yang menghina Islam. Di dunia memang patut disaman dan dipenjarakan, tapi di akhirat dia sendiri mesti mahu ingat.”

Afdlin Shauki

Kata Afdlin, orang yang mengenalinya mengetahui komitmen dirinya kepada agama Islam serta kerja-kerja NGO di Palestin, Syria dan usahanya untuk sentiasa memberi manfaat kepada orang di sekeliling.

Terdahulu, media sosial hangat memperkatakan mengenai satu video tular membabitkan seoran wanita yang didakwa menghina Islam di sebuah kelab di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Menerusi video berdurasi 54 saat itu, wanita berkenaan yang pada mulanya bertudung telah memperkenalkan dirinya dan mendakwa dirinya telah menghafaz 15 juzuk al-Quran namun secara tiba-tiba menanggalkan tudung dan baju kurungnnya.

Baca artikel berkaitan:

Kredit gambar: IG Afdlin Shauki

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.