fbpx
Now Reading
Seleweng Minyak Masak Subsidi Campurkan Dengan Minyak Sembahyang Demi Keuntungan
Seleweng minyak masak subsidi campurkan dengan minyak sembahyang untuk keuntungan

Seleweng Minyak Masak Subsidi Campurkan Dengan Minyak Sembahyang Demi Keuntungan

Sebanyak 1,564 kg minyak masak subsidi dan sebuah lori turut disita untuk tindakan lanjut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki ditahan setelah disyaki menyeleweng minyak masak bersubsidi yang dicampurkan dengan ‘minyak sembahyang’ dan dijual dengan harga yang lebih mahal.

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Pulau Pinang, A Mogan, memaklumkan sewaktu serbuan dilakukan seorang lelaki berusia 50-an telah diberkas di rumah teres di Taman Seri Murni, Sungai Dua, Pulau Pinang, tengah hari semalam (12 Julai).

Suspek sedang potong plastik ‘polybag’

“Ketika serbuan dilakukan, lelaki terbabit sedang memotong plastik ‘polybag’ mengandungi minyak masak bersubsidi di atas sebuah lori dan memindahkannya ke dalam tong dipercayai untuk kegunaan industri.

“Pemeriksaan atas lori telah menemui sebanyak 272 kilogram (kg) minyak masak polybag bersubsidi serta 952 kg minyak masak bersubsidi yang telah pun dimasukkan ke dalam tong industri berwarna kuning.

“Pemeriksaan lanjut di rumah teres di tempat lori diletakkan pula menemui 340 kg minyak masak polybag bersubsidi yang disimpan di satu ruangan di rumah berkenaan,” jelasnya.

Morgan berkata demikian dalam satu sidang media selepas sebuah susulan Operasi Ayam, Telur dan Minyak Masak (Op ATM) yangiadakan semalam (12 Julai).

Campur minyak masak subsidi untuk kaut untung

Menurutnya, suspek disyaki mencampurkan minyak masak bersubsidi dengan minyak bagi tujuan sembahyang tersebut untuk dijual pada harga sekitar RM6 hingga RM8 sekilogram.

“Pemeriksaan lanjut mendapati individu yang ditahan mempunyai lesen borong kawalan dengan kebenaran untuk beliau mengambil minyak masak daripada pembungkus minyak masak dan dihantar kepada pelanggan namun individu ini telah menyalahgunakan lesen barang kawalan serta mengedar dna menyeleweng barang kawalan serta mengedar untuk kegunaan industri,” ulasnya lagi.

1,564 kg minyak masak bersubsidi dan sebuah lori disita

Morgan berkata, dalam serbuan tersebut, sejumlah 1,564 kg minyak masak bersubsidi serta sebuah lori telah disita bagi tindakan selanjutnya di mana nilai rampasan keseluruhannya dianggarkan bernilai RM108,960.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFAPPUAA) 2001.

Akta Kawalan Bekalan 1961 memperuntukkan hukuman di mana individu yang disabitkan kesalahan akan dikenakan penalti sehingga RM1 juta atau penjara selama tiga tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama selain denda tidak melebih RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berikutnya, lapor Utusan Malaysia.

Jelasnya lagi, KPDNHEP turut akan memohon agar lesen borong kawalan yang diberikan kepada suspek untuk dibatalkan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.