fbpx
Now Reading
Tular Dakwaan Aset Di Azerbaijan Dirampas Waris Kesultanan Sulu, Petronas Sahkan Terima Notis ‘Saisie-arret’

Tular Dakwaan Aset Di Azerbaijan Dirampas Waris Kesultanan Sulu, Petronas Sahkan Terima Notis ‘Saisie-arret’

Petronas yang tampil menerusi satu kenyataan media berkata, tindakan yang diambil itu bagaimanapun adalah tidak berasas dan akan terus mempertahankan kedudukannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Petronas pada Rabu malam (12 Julai) mengesahkan bahawa dua anak syarikatnya di Azerbaijan telah menerima notis ‘Saisie-arret’ ekoran satu laporan media antarabangsa yang mendakwa bahawa dua aset mereka di Azerbaijan dirampas oleh waris Kesultanan Sulu.

Petronas yang tampil menerusi satu kenyataan media berkata, tindakan yang diambil itu bagaimanapun adalah tidak berasas dan akan terus mempertahankan kedudukannya.

Menurut Petronas, kedua-dua anak syarikatnya iaitu Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus menerima notis itu pada hari Isnin, 11 Julai.

“Petronas merujuk kepada laporan media Financial Times bertajuk ‘Petronas subsidiaries seized as lawyers press $15bn claim on Malaysia’.

“Kami mengesahkan bahawa kedua-dua anak syarikat dalam laporan tersebut telah menerima notis ‘Saisie-arret’ pada 11 Julai 2022,” katanya dalam kenyataan ringkas tersebut.

Aset sudah dilupuskan lebih awal

Namun menurut kenyataan sama, kedua-dua anak syarikat Petronas itu sudah pun melupuskan semua aset di Azerbaijan, sebelum ini.

“Petronas ingin menjelaskan bahawa kedua-dua anak syarikat itu, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) S.à r.l. dan Petronas South Caucasus S.à r.l. telah melupuskan kesemua aset di Republik Azerbaijan dan hasil daripada pelupusan berkenaan telahpun dikembalikan (repatriated) dengan sewajarnya,” kata Petronas lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.