fbpx
Now Reading
Guru KAFA Didakwa Hempas Murid 9 Tahun Hingga Patah Kaki Hanya Kerana Lambat Ambil Al-Quran
Guru KAFA hempas pelajar 9 tahun hingga kaki patah sebab lambat ambil al-Quran

Guru KAFA Didakwa Hempas Murid 9 Tahun Hingga Patah Kaki Hanya Kerana Lambat Ambil Al-Quran

Guru tersebut bersama dengan guru lain telah datang ke rumah mangsa untuk memohon maaf dan meminta agar perkara itu tidak dilaporkan kepada polis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hanya kerana terlambat mengambil al-Quran, seorang murid lelaki patah kaki kanan selepas didakwa dihempas oleh seorang guru di sebuah sekolah Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Marang, Terengganu.

Insiden tersebut disyaki berlaku sekitar jam 5 petang, 6 Julai yang lalu semasa sesi pembelajaran dan pengajaran sedang berlangsung.

Lambat ambil al-Quran punca mangsa dihempas ke kerusi

Menurut Buletin TV3, insiden berpunca apabila mangsa yang merupakan ketua kelas agak lambat mengikuti arahan guru berkenaan yang memintanya untuk mengambil al-Quran yang berada di belakang kelas.

Disebabkan itu, guru tersebut telah bertindak mengangkat dan menghempas mangsa ke kerusi tempat duduknya dalam keadaan kaki yang berlipat.

Mengadu sakit dan menangis tapi tak dihiraukan

Dia lalu mengadu berasa sakit serta menangis, namun tidak diendahkan dan mangsa tidak dapat berjalan sehingga jam 6 petang.

Mangsa kemudian dihantar pulang ke rumah serta dibawa ke Klinik swasta oleh kedua ibu bapanya untuk membuat pemeriksaan x-ray.

Patah pada bahagian Tibia dan Fibula

Hasil pemeriksaan, pegawai kesihatan memaklumkan kaki kanan kanak-kanak itu mengalami kecederaan patah di bahagian Tibia dan Fibula sebelum kes itu dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Insiden tersebut turut dimaklumkan kepada pihak sekolah. Selepas mengetahui hal itu, guru berkenaan serta guru lain telah hadir ke rumah mangsa untuk memohon maaf dan meminta agar perkara tersebut tidak dilaporkan kepada polis.

Sekolah bagi pinjam kerusi roda dan beri sumbangan

Pihak sekolah dalam masa sama, meminjamkan sebuah kerusi roda serta memberi sumbangan bernilai RM300 kepada mangsa.

Ahli keluarga guru berkenaan juga didakwa telah datang ke rumah mangsa untuk melakukan aktiviti ritual sebagai alternatif untuk merawatnya dengan cara tradisional.

Ibu bapanya yang berang dengan perkara tersebut, telah bertindak untuk membuat laporan polis pada Jumaat (8 Julai) lalu untuk tindakan selanjutnya.

Kredit foto: Freepik

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.