fbpx
Now Reading
Polis Berkas Lima Lelaki Tak Sampai 14 Jam Selepas Menyamun Di Pasir Gudang
lima lelaki ditahan polis kerana menyamun

Polis Berkas Lima Lelaki Tak Sampai 14 Jam Selepas Menyamun Di Pasir Gudang

Kesemua suspek warga tempatan telah ditahan di sekitar Pasir Gudang, pada jam 6.07 petang, semalam (13 Julai).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas 14 jam menyamun dan memukul seorang lelaki di sebuah flat perumahan di Pasir Gudang, Johor, lima lelaki yang disyaki terlibat dalam kes jenayah itu telah diberkas pihak polis.

Menerusi laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Mohd Sohaimi Ishak memaklumkan, kesemua suspek warga tempatan yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 32 tahun tersebut telah ditahan di sekitar Pasir Gudang, pada jam 6.07 petang, semalam (13 Julai).

Mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah dipukul sekumpulan lelaki

“Kejadian samun berlaku di bawah flat perumahan tersebut pada pukul 4.05 pagi semalam (13 Julai) dan aduan telah dibuat oleh seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 23 tahun yang merupakan penduduk flat berkenaan.

“Semasa kejadian, mangsa berjalan kaki seorang diri untuk pulang ke rumah dan dia telah dipukul oleh sekumpulan lelaki tanpa senjata dan barang peribadi miliknya telah dirampas,” jelasnya.

Cedera iaitu bengkak dibibir serta sakit dekat bahu kanan, selain hilang barang peribadi

Jelasnya, disebabkan insiden terbabit, mangsa dilaporkan mengalami beberapa kecederaan iaitu bengkak di bibir dan sakit di bahu kanan.

Selain itu mangsa turut kehilangan telefon bimbit jenama Vivo V2, dompet yang mempunyai kad pengenalan dan wang benilai SG$ 460 (RM1,464).

Hasil semakan turut mendapati tiga daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dengan dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun selain hendaklah dikenakan denda atau sebat.

Kelima-lima suspek turut direman lima hari bermula 13 Julai hingga 17 Julai.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.